Sunday, 25 March 2012

Glasgow 1984-87

Semasa menuntut di Glasgow University, Abah jugak sangat aktif berpersatuan - Kelab UMNO UK & Eire Cawangan Glasgow, Abah jadi Ketua Penerangan, Presiden nya Abdul Rahman Amiruddin, AJK Idris Kaparawi, Mohd Zulkifly Omar (MZ), adik kepada Tan Sri Elyas Omar Datuk Bandar Kuala Lumpur, Malaysian Student Association of Glasgow (MSAG) Abah jadi Secretary General dan Presiden nya ialah Syed Abdul Ghani, dia kerja dgn New Straits Times (NST). Melalui Kelab UMNO, kita organise Majlis Ramah Mesra dan Perjumpaan hari Raya Aidil Fitri dan melalui MSAG kita organise Minggu Menyambut Pelajar2 Baru, Bola Sepak, Bola Sepak 7-Sebelah (sekarang di kenali sebagai Futsal), Sukan Antara Malaysian Student Associations dari Sunderland, dll.

Thursday, 8 March 2012

Asyraf Pandai Menyanyi

Hari tu dalam kereta Abah pasang radio SinarFM. Tiba2 keluar lagu intro macam lagu nasyid. Mama kata nak azan la tu, tapi Asyraf terus jawab "ha..InsyaAllah"......... rupa2nya itu intro lagu InsyaAllah daripada Maher Zain. Abah dan Mama terkejut. Baru intro Asyraf dah kenal lagu apa.
Sekarang ni kalau dengar intro lagu bunyi ayam berkokok...."ha....Sahabat Upin Ipin".....

Asyraf Mula Berjalan 8 Sept 2010

Masa tu kat LCCT nak naik flight balik raya ke Penang, 8 Sep 2010. Asyraf mula berjalan selepas 1 tahun 4 bulan. Budak lain umur 9 bulan dah pandai berjalan. Asyraf lambat sikit berjalan. Abah dan Mama tersangat lah excited. Asyraf tau Abah dan Mama risau sebab Asyraf belum pandai berjalan walaupun dah dekat umur 1 tahun 4 bulan.