Mulai 20 Julai 2009, Mama dah start keje. Jadi Abah dan Mama dah arrangekan baby sitter untuk Asyraf. Rumah baby sitter tu tak jauh, cuma kat tingkat 5 manakala Asyraf duduk di tingkat 3, apartment blok yg sama.
Pagi2 jam 7.15pagi, Mama masukkan Asyraf dalam stroller (orang putih kata prambulator atau pram, org Melayu kata keta sorong ler) + beg pakaian dan Mama hantar Asyraf ke baby sitter. Asyraf nak kata apa kan? Asyraf ikut je lah. Tapi selalu nya masa Mama hantar, Asyraf masih tidur lagi. Asyraf tak perasan pun. Bila Asyraf terjaga dalam pukul 8.30pagi, tau2 Mama dah takde. Asyraf bila Mama atau Abah takde, Asyraf ni well behave. Tak de nangis pun macam budak2 lain. So far Asyraf ok je. Tapi bila Mama amik Asyraf jam 7 malam, Asyraf saja buat2 jual mahal. Minta itu minta ini. Kesian pulak Asyraf tengok Mama kena layan Asyraf. Nasib la kan... itu Asyraf punya privilege la.... membership has its privilege, kata org putih...
Kadang2 Mama sampai tak sempat mandi.... Asyraf saja jer.... tapi sejak kebelakangan ni, Asyraf tengok Mama dah dapat kesan trend Asyraf.... so sekarang ni Mama buat2 tak tau je bila Asyraf buat meragam.... hish! penat je Asyraf eksyen...
Tapi Asyraf loves both Abah dan Mama.......
Friday, 24 July 2009
SUSU ASYRAF

Abah dan Mama dah belikan Asyraf 5 jenis susu - Frisolac, Isomil, Dumex, Nan, Enfalac; yg Asyraf berkenan ialah Isomil, sejenis susu formula berasaskan soya. Tapi sebab susu2 lain dah terbeli dan masih banyak lagi, Mama campurkan susu2 lain kedalam Isomil. Abah dan Mama ingat Asyraf tak tahu yg depa campur susu tu, tapi Asyraf tahu sebab Asyraf dapat bezakan susu ori dgn susu campuran. Tapi takpelah Asyraf bagi "chance" pada Abah dan Mama. Lagipun susu2 tu mahal, tin besar Enfalac RM72 setin, manakala yg kecil semua nya lebih kurang RM 30 setin. Macamana pun susu yg paling best masih lagi susu cap gantung, susu Mama lah tu..... hehehe. Tima kacih Mama (dan Abah).
Subscribe to:
Comments (Atom)