Mulai 20 Julai 2009, Mama dah start keje. Jadi Abah dan Mama dah arrangekan baby sitter untuk Asyraf. Rumah baby sitter tu tak jauh, cuma kat tingkat 5 manakala Asyraf duduk di tingkat 3, apartment blok yg sama.
Pagi2 jam 7.15pagi, Mama masukkan Asyraf dalam stroller (orang putih kata prambulator atau pram, org Melayu kata keta sorong ler) + beg pakaian dan Mama hantar Asyraf ke baby sitter. Asyraf nak kata apa kan? Asyraf ikut je lah. Tapi selalu nya masa Mama hantar, Asyraf masih tidur lagi. Asyraf tak perasan pun. Bila Asyraf terjaga dalam pukul 8.30pagi, tau2 Mama dah takde. Asyraf bila Mama atau Abah takde, Asyraf ni well behave. Tak de nangis pun macam budak2 lain. So far Asyraf ok je. Tapi bila Mama amik Asyraf jam 7 malam, Asyraf saja buat2 jual mahal. Minta itu minta ini. Kesian pulak Asyraf tengok Mama kena layan Asyraf. Nasib la kan... itu Asyraf punya privilege la.... membership has its privilege, kata org putih...
Kadang2 Mama sampai tak sempat mandi.... Asyraf saja jer.... tapi sejak kebelakangan ni, Asyraf tengok Mama dah dapat kesan trend Asyraf.... so sekarang ni Mama buat2 tak tau je bila Asyraf buat meragam.... hish! penat je Asyraf eksyen...
Tapi Asyraf loves both Abah dan Mama.......
Friday, 24 July 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment