Wednesday, 26 May 2021

Abah pergi haji 2008

Sebenarnya Abah dan Mak bercadang nak pi haji pada tahun 2007 tapi tak berjaya sebab tak ada slot. Abah lambat daftar dengan Tabung Haji. Balik umrah bulan Jun 2007 baru nak daftar haji nak pergi haji bulan Disember 2007. banyak cantik muka Abah hehehe (tapi Abah memang hensem masa muda muda dulu la). pegawai TH cakap abah punya turn tahun 2017.Abah cakap dgn pegawai TH tu, "Maaf Cik, kalau tahun 2017 saya takut saya tak cukup umur, kalau macam tu encik boleh pergi ikut pekej tapi mahal sikit".lepas tu
abah dan mak sibuk inquire ejen2 pekej haji swasta tapi tak ada yg available. kalau nak pergi awal cuba try mohon rayuan kepada Tabung Haji bila masuk bulan Jan 2008.

Abah pun mencari pakej haji swasta merata rata. Semasa tu belum pandai guna internet, google, belum ada facebook, whatsapp.. abah terjumpa pakej Ash-Har Travel based di Kota Bharu, Kelantan.... RM26 ribu satu orang, hotel bilik berdua dengan Mak, lebih kurang 50m dari Masjidil Haram. Grup abah tu semua orang Kelantan kecuali 10 orang non-Kelantan, ketua rombongan Ash-Har ialah Ustaz Dr Abdul Basid Abdul Rahman. Berlepas pada xxxx KT33 Di Makkah duduk di Hotel Grand Makkah.

Semasa tu Mama mengandungkan Asyraf. Kesian Mama rindukan abah tapi abah call Mama setiap malam jam 9 mlm dari Makkah (pukul 4ptg Malaysia).

Setiap kali selepas solat, abah akan berdoa di hadapan Kaabah mengadap pintu Kaabah... macam2 yang abah doa termasuk nak berhenti merokok. Abah bawa dua carton rokok Benson&Hedges pek 20 batang ke Makkah. Doa abah nak berhenti merokok dimakbulkan Allah. Abah berdoa supaya abah berhenti merokok tanpa withdrawal symptom. Pada malam sebelum 1 Zulhijjah
abah hisap last stick dan keesokan harinya 1 Zulhijjah abah terus hilang gian nak hisap rokok dan tiada side effect. Alhamdulillah! Birthday abah pada 10 Nov semasa tu abah dan mak berada di MAKKAH. Semasa tu jugak berlaku Subprime di Amerika dan semua pasaran saham merudum. Abah kerugian lebih RM 2juta iaitu 1.2juta saham x RM1.77/saham. CIMB bank cuba menghubungi abah di Makkah tapi abah tak aktifkan nombor hp Malaysia sebab abah cuma guna prepaid Arab. CIM terpaksa jual semua saham2 abah untuk menampung loan abah (untuk beli saham ESOS Alam Maritim).

No comments:

Post a Comment