Hari raya ke 5 Isnin 17/5 abah balik beraya ke Senawang.
Wednesday, 26 May 2021
Raya 2021
Abah raya di Alam Damai tahun ni. Abah balik ke Alam Damai dari Senawang pada hari Isnin 3/5. Sehari sebelum raya abah anyam ketupat lebih kurang 70 biji. Kak Yayah isi beras dan Mak tolong rebus.
Pagi raya abah sarapan dengan feveret abah.. kuah lodeh dan nasi himpit.. ketupat dan rendang.. abah tak solat sunat raya di masjid sebab PKP ni.
Abah pergi haji 2008
Sebenarnya Abah dan Mak bercadang nak pi haji pada tahun 2007 tapi tak berjaya sebab tak ada slot. Abah lambat daftar dengan Tabung Haji. Balik umrah bulan Jun 2007 baru nak daftar haji nak pergi haji bulan Disember 2007. banyak cantik muka Abah hehehe (tapi Abah memang hensem masa muda muda dulu la). pegawai TH cakap abah punya turn tahun 2017.Abah cakap dgn pegawai TH tu, "Maaf Cik, kalau tahun 2017 saya takut saya tak cukup umur, kalau macam tu encik boleh pergi ikut pekej tapi mahal sikit".lepas tu
abah dan mak sibuk inquire ejen2 pekej haji swasta tapi tak ada yg available. kalau nak pergi awal cuba try mohon rayuan kepada Tabung Haji bila masuk bulan Jan 2008.
Abah pun mencari pakej haji swasta merata rata. Semasa tu belum pandai guna internet, google, belum ada facebook, whatsapp.. abah terjumpa pakej Ash-Har Travel based di Kota Bharu, Kelantan.... RM26 ribu satu orang, hotel bilik berdua dengan Mak, lebih kurang 50m dari Masjidil Haram. Grup abah tu semua orang Kelantan kecuali 10 orang non-Kelantan, ketua rombongan Ash-Har ialah Ustaz Dr Abdul Basid Abdul Rahman. Berlepas pada xxxx KT33 Di Makkah duduk di Hotel Grand Makkah.
Semasa tu Mama mengandungkan Asyraf. Kesian Mama rindukan abah tapi abah call Mama setiap malam jam 9 mlm dari Makkah (pukul 4ptg Malaysia).
Setiap kali selepas solat, abah akan berdoa di hadapan Kaabah mengadap pintu Kaabah... macam2 yang abah doa termasuk nak berhenti merokok. Abah bawa dua carton rokok Benson&Hedges pek 20 batang ke Makkah. Doa abah nak berhenti merokok dimakbulkan Allah. Abah berdoa supaya abah berhenti merokok tanpa withdrawal symptom. Pada malam sebelum 1 Zulhijjah
abah hisap last stick dan keesokan harinya 1 Zulhijjah abah terus hilang gian nak hisap rokok dan tiada side effect. Alhamdulillah!
Birthday abah pada 10 Nov semasa tu abah dan mak berada di MAKKAH.
Semasa tu jugak berlaku Subprime di Amerika dan semua pasaran saham merudum. Abah kerugian lebih RM 2juta iaitu 1.2juta saham x RM1.77/saham. CIMB bank cuba menghubungi abah di Makkah tapi abah tak aktifkan nombor hp Malaysia sebab abah cuma guna prepaid Arab. CIM terpaksa jual semua saham2 abah untuk menampung loan abah (untuk beli saham ESOS Alam Maritim).
Aqil Amani Azman
Angah lahir pada 2 May 2013 di Hospital HUKM Kuala Lumpur, macam Along dia. Jenuh juga nak cari nama yang sesuai untuk Angah, akhirnya abah dan mama setuju nak beri nama Aqil Amani Azman.
Angah ni kulitnya putih melepak, mungkin sebab ikut gene Tok Penang (Nuriah binti Adam).
Angah ni kulitnya putih melepak, mungkin sebab ikut gene Tok Penang (Nuriah binti Adam).
Ramadan 2020
Hari ini 23 Apr 2020 bersamaan 29 Syaban 1441, sehari sebelum puasa.
Abah ada di rumah kami di 260, Taman Bandar Senawang
Abah ada di rumah kami di 260, Taman Bandar Senawang
Pindah ke Senawang
2014: Taman Bandar Senawang
Kami mula berpindah ke rumah sekarang di nombor 260, Jalan D’Belsa 6, Taman Bandar Senawang, Seremban, pada tahun 2014. Rumah ini rumah teres 1 tingkat 3 bilik tidur 2 bilik air berkeluasan 1,100 ka.per. yang abah beli melalui lelongan awam. Abah berjaya dalam lelongan itu setelah membida RM170k. Abah bayar cash.
Lelongan dibuat di pejabat tanah bertempat di
Sebulan lepas itu abah engage kontrektor ubahsuai.
Selepas 4 bulan ubahsuaian pun siap. Kami mula berpindah ke Taman Bandar Senawang. Mama semasa tu sedang mengandungkan Adik Sya (Aaron Aqasya).

Subscribe to:
Comments (Atom)