Saturday, 4 July 2015

Azman & Shima

Tahun 2008 Abah bernikah dengan Mama, Norhasima binti Ismail pada 25 Julai 2008.

Sunday, 25 March 2012

Glasgow 1984-87

Semasa menuntut di Glasgow University, Abah jugak sangat aktif berpersatuan - Kelab UMNO UK & Eire Cawangan Glasgow, Abah jadi Ketua Penerangan, Presiden nya Abdul Rahman Amiruddin, AJK Idris Kaparawi, Mohd Zulkifly Omar (MZ), adik kepada Tan Sri Elyas Omar Datuk Bandar Kuala Lumpur, Malaysian Student Association of Glasgow (MSAG) Abah jadi Secretary General dan Presiden nya ialah Syed Abdul Ghani, dia kerja dgn New Straits Times (NST). Melalui Kelab UMNO, kita organise Majlis Ramah Mesra dan Perjumpaan hari Raya Aidil Fitri dan melalui MSAG kita organise Minggu Menyambut Pelajar2 Baru, Bola Sepak, Bola Sepak 7-Sebelah (sekarang di kenali sebagai Futsal), Sukan Antara Malaysian Student Associations dari Sunderland, dll.

Thursday, 8 March 2012

Asyraf Pandai Menyanyi

Hari tu dalam kereta Abah pasang radio SinarFM. Tiba2 keluar lagu intro macam lagu nasyid. Mama kata nak azan la tu, tapi Asyraf terus jawab "ha..InsyaAllah"......... rupa2nya itu intro lagu InsyaAllah daripada Maher Zain. Abah dan Mama terkejut. Baru intro Asyraf dah kenal lagu apa.
Sekarang ni kalau dengar intro lagu bunyi ayam berkokok...."ha....Sahabat Upin Ipin".....

Asyraf Mula Berjalan 8 Sept 2010

Masa tu kat LCCT nak naik flight balik raya ke Penang, 8 Sep 2010. Asyraf mula berjalan selepas 1 tahun 4 bulan. Budak lain umur 9 bulan dah pandai berjalan. Asyraf lambat sikit berjalan. Abah dan Mama tersangat lah excited. Asyraf tau Abah dan Mama risau sebab Asyraf belum pandai berjalan walaupun dah dekat umur 1 tahun 4 bulan.

Thursday, 14 October 2010

ASYRAF PANDAI BERJALAN


Bila genap umur Asyraf 1 tahun 3 bulan 2 minggu, pada 8 Sept 2010, Asyraf terus berjalan. Tunjuk bakat nya kat airport LCCT. Masa tu Mama dan Asyraf nak balik Penang beraya.

Tuesday, 19 January 2010

LANGKAWI 26 DIS 2009


Mama berani naik parachute yg ditarik oleh speed boat.Abah penakut, gayat katanya. Asyraf kecik lagi, kalau tidak sure Asyraf dah naik parachute dgn Mama kat Pulau Beras Basah.
Sebenarnya Abah kena kidnap dek Mama sebab Mak tak bagi Abah p mana2 26 Dis, wedding anniversary Abah & Mak yg ke 28 tahun.Tapi 26 Dis tu hari Sabtu dan memang turn Mama. So Mama saja plan p Langkawi jadi Abah tak boleh balik KL.Macamla Abah tak tahu trick Mama tu.So 24 Dis Abah Mama dan Asyraf bertolak dgn kereta ke Penang Balik Pulau rumah Tok Wan. Besoknya pagi2 Uncle Faisal hantar ke feri terminal. Feri bertolak jam 8.30pagi dan sampai Kuah Langkawi jam 12noon.Terus ke hotel Nadias Inn Comfort Pantai Chenang. Petang tu sewa kereta dan p jalan2. Besoknya 26 Dis jam 9pagi naik van p naik bot untuk Island Hopping mula2 ke Pulau Dayang Bunting, Mama berenang dalam Tasik Dayang Bunting.lepas tu naik bot lagi ke Pulau Lang dan Pulau Beras Basah. Lepas tu balik hotel eta 2.30ptg.Semasa Island Hopping, Asyraf relaks jer dalam bot laju, sempat tidor lagi. Best giler! Kalau boleh Mama kidnap la Abah lagi ye....

HEPI BESDEY ASYRAF yg ke 8 BULAN


18 Jan 2010 genap umur Asyraf 8 bulan. Berat Asyraf pun dah 8.1kg,dah pandai merangkak, boleh berdiri kalau berpaut pada tiang buai. Sempena besdey ni Abah belikan Asyraf kereta baru-walker la.... Sekarang Asyraf dah boleh jalan2 sendiri sebab ada. Walker.Kadang2 Asyraf p dapur tengok Mama masak tapi Mama tak suka Asyraf masuk dapur, tak tahu lah kenapa.... Mungkin Mama takut Asyraf tahu resepi masakan Mama yg sedap tu atau sebab ada tong gas atau kuali panas....
Kadang2 Asyraf masuk bilik spare yg ada banyak electrical appliances tu seperti cerek elektrik, toaster, sandwich maker, oven, blender Mama, blender Asyraf (untuk blend baby food).Sekarang ni Mama tutup pintu bilik spare tu supaya Asyraf tak boleh masuk.Mama takut Asyraf masak sandwich agaknya.
Dah sebulan pipi, kepala, badan, kaki, tangan dan belakang Asyraf bintat2 bekas digigit serangga kat rumah babysitter.Dah p kelinik GP tapi tak ada perubahan, so p Pantai Medical Centre Cheras consult Dr Pakar Kanak dan Dr Pakar Kulit. Sekarang ni dah beransur susut bintat2 tu. Rupa2nya kulit Asyraf alergic tu dust and insect bite.
Tapi Asyraf is still strong as ever. Abah kata Asyraf is a good boy.