Thursday, 14 October 2010

ASYRAF PANDAI BERJALAN


Bila genap umur Asyraf 1 tahun 3 bulan 2 minggu, pada 8 Sept 2010, Asyraf terus berjalan. Tunjuk bakat nya kat airport LCCT. Masa tu Mama dan Asyraf nak balik Penang beraya.

Tuesday, 19 January 2010

LANGKAWI 26 DIS 2009


Mama berani naik parachute yg ditarik oleh speed boat.Abah penakut, gayat katanya. Asyraf kecik lagi, kalau tidak sure Asyraf dah naik parachute dgn Mama kat Pulau Beras Basah.
Sebenarnya Abah kena kidnap dek Mama sebab Mak tak bagi Abah p mana2 26 Dis, wedding anniversary Abah & Mak yg ke 28 tahun.Tapi 26 Dis tu hari Sabtu dan memang turn Mama. So Mama saja plan p Langkawi jadi Abah tak boleh balik KL.Macamla Abah tak tahu trick Mama tu.So 24 Dis Abah Mama dan Asyraf bertolak dgn kereta ke Penang Balik Pulau rumah Tok Wan. Besoknya pagi2 Uncle Faisal hantar ke feri terminal. Feri bertolak jam 8.30pagi dan sampai Kuah Langkawi jam 12noon.Terus ke hotel Nadias Inn Comfort Pantai Chenang. Petang tu sewa kereta dan p jalan2. Besoknya 26 Dis jam 9pagi naik van p naik bot untuk Island Hopping mula2 ke Pulau Dayang Bunting, Mama berenang dalam Tasik Dayang Bunting.lepas tu naik bot lagi ke Pulau Lang dan Pulau Beras Basah. Lepas tu balik hotel eta 2.30ptg.Semasa Island Hopping, Asyraf relaks jer dalam bot laju, sempat tidor lagi. Best giler! Kalau boleh Mama kidnap la Abah lagi ye....

HEPI BESDEY ASYRAF yg ke 8 BULAN


18 Jan 2010 genap umur Asyraf 8 bulan. Berat Asyraf pun dah 8.1kg,dah pandai merangkak, boleh berdiri kalau berpaut pada tiang buai. Sempena besdey ni Abah belikan Asyraf kereta baru-walker la.... Sekarang Asyraf dah boleh jalan2 sendiri sebab ada. Walker.Kadang2 Asyraf p dapur tengok Mama masak tapi Mama tak suka Asyraf masuk dapur, tak tahu lah kenapa.... Mungkin Mama takut Asyraf tahu resepi masakan Mama yg sedap tu atau sebab ada tong gas atau kuali panas....
Kadang2 Asyraf masuk bilik spare yg ada banyak electrical appliances tu seperti cerek elektrik, toaster, sandwich maker, oven, blender Mama, blender Asyraf (untuk blend baby food).Sekarang ni Mama tutup pintu bilik spare tu supaya Asyraf tak boleh masuk.Mama takut Asyraf masak sandwich agaknya.
Dah sebulan pipi, kepala, badan, kaki, tangan dan belakang Asyraf bintat2 bekas digigit serangga kat rumah babysitter.Dah p kelinik GP tapi tak ada perubahan, so p Pantai Medical Centre Cheras consult Dr Pakar Kanak dan Dr Pakar Kulit. Sekarang ni dah beransur susut bintat2 tu. Rupa2nya kulit Asyraf alergic tu dust and insect bite.
Tapi Asyraf is still strong as ever. Abah kata Asyraf is a good boy.

Friday, 8 January 2010

Pembedahan Thyroid Abah




Kesian Abah. Baru operate leher sebab kelenjar thyroid. Entah macamana thyroid kat leher Abah sebelah kanan membesar dgn begitu cepat sekali. Doktor kata sebab kekurangan iodine yg biasanya ada pada makanan laut seperti sotong dll.
Abah dah pun mengalami bengkak thyroid ini sejak 4 tahun yg lalu. Tapi masa tu kecik jer, sebesar bijik rambutan. Masa buat medical check up 2 tahun lepas di Sunway Medical Centre, doktor dah scan, nothing serious, just cyst atau lendir. So doktor kata tak yah risau and do nothing.
Abah pun memang penakut hospital.
So pada hari Selasa 5 Jan jam 2.30 petang, Abah check in kat UKM Specialist Centre, di Pusat Perubatan HUKM, Bandar Tun Razak Cheras. Terus masuk Wad 7F Wad Sutera, Bilik Executive Deluxe, di tingkat 7. Abah nak try bilik VIP tapi dah ada patient. Emak yg hantar Abah. Mama kerje.
Bilik Executive Deluxe ini ok lah, sebesar 10kaki x 20 kaki, ada katil, TV, sofa, attached bathroom, aircond & kipas, meja panjang dll. Private la sikit.
Mula2 tu Abah rasa janggal, nak buat apa ni, takkan nak baring petang2 ni, tapi he came to his senses, Abah pun tukar pakaian hospital, kain dan baju berwarna ungu. This is the first time over 20 years, Abah admitted ke hospital. Itu pun the last time admitted di Kelinik Shell Lutong, Miri, Sarawak, sebab keracunan makan cencaluk. Mungkin contaminated by ikan buntal. Lagi pun kali ini kena bedah. Jadi Abah Asyraf yg penakut hospital ini sebenar nya panik, tapi dia buat2 macho jer. Asyraf tahu yg Abah seram sejuk jugak tu....... hehehehe. Asyraf masa kat hospital yg sama tahun lepas selepas Mama bersalin, Asyraf rileks jer. Tak takut pun. Abah punya operation dah schedule 6 Jan jam 11 pagi, second patient.
Abah pagi2 lagi dah bangun sebab solat Subuh. Lepas tu Abah tunggu kat bilik. Tak boleh breakfast pun sebab kena puasa sejak malam tadi. Emak pun ada, tunggu Abah.
Jam 11.30pagi Nurse datang bawa baju gown putih siap dgn serkup kepala warna hijau. Abah macam macho jer, tapi Asyraf tahu Abah gemuruh tu. Lepas tu Abah di suruh baring atas katil dan nurse pun tolak Abah ke tingkat 2, ke bilik pembedahan. Semasa di tolak Abah melalui corridor dan orang ramai, masuk lift. Satu macam punya perasaan. Setiba nya di tingkat 2, Abah di pindahkan ke satu lagi katil. Selepas minta maaf dgn Emak dan Emak minta maaf dgn Abah, Abah di tolak ke dalam dan di letak di parking area di luar dewan bedah. Abah masih sedar dan nampak ada dua orang lagi macam Abah, terbaring atas katil tunggu giliran. Abah mengucap panjang. Nurse datang dan interview Abah just to be sure.
Abah di sorong masuk ke dewan bedah dan di pindahkan ke katil bedah yg tirus jer, muat2 badan Abah yg besar ni, jam 12 thari. Abah akan di bedah oleh pasukan yg di ketuai oleh Professor Dr Rohaizak, dan Professor Dr Adnan, pakar bius, dan staf nurse dan jururawat yang lain. Semuanya Melayu. I am impressed. Staf nurse minta Abah mengucap dan berdoa. Selepas di bius Abah pun tertidur, so tak dapat lah nak sambung cerita ni. Kena tunggu Abah bangun tidur dulu..... kalau Abah bangun ler.....

Alhamdulillah Abah bangun tidur dekat2 pukul 3.30 ptg. Bedah dari jam 12.30 thari hingga 3 ptg. Sukses. Abah pun di tolak balik ke wad, Emak yg setia (Mama pun setia jugak tapi Mama kerja la...kalau Mama baca ni mesti Mama hot dgn Asyraf..hehehe ..) ada di luar dewan bedah. Abah tunjukkan thumbs up pada Emak maknanya sukses. Alhamdulillah.

Asyraf dan Mama melawat Abah 6 Jan dalam pukul 6ptg selepas Mama balik kerja. Asyraf dan Mama naik teksi ke HUKM. Semasa Asyraf dan Mama sampai, masa tu suma orang ada, Emak, Along, Memer, kak Yuni, Abang Ajat, Nenek. Diorang suma kenal Asyraf tapi Asyraf tak berapa kenal diorang la.........

Abah masih kat wad lagi hari ni Jumaat 8 Jan sebab masih draining excess liquid/blood dari luka.
Prof Dr Rohaizak datang check Abah jam 10.30pagi dan ok to discharge. Jam 11.30pagi Abah keluar Wad. Mak yg menunggu Abah dari semalam drive Abah balik rumah. Jam 1.00 t/hari Abah p mesjid dgn Ajat sembahyang Jumaat.

Alhamdulillah semuanya selamat.

Friday, 24 July 2009

BABY SITTER 1

Mulai 20 Julai 2009, Mama dah start keje. Jadi Abah dan Mama dah arrangekan baby sitter untuk Asyraf. Rumah baby sitter tu tak jauh, cuma kat tingkat 5 manakala Asyraf duduk di tingkat 3, apartment blok yg sama.
Pagi2 jam 7.15pagi, Mama masukkan Asyraf dalam stroller (orang putih kata prambulator atau pram, org Melayu kata keta sorong ler) + beg pakaian dan Mama hantar Asyraf ke baby sitter. Asyraf nak kata apa kan? Asyraf ikut je lah. Tapi selalu nya masa Mama hantar, Asyraf masih tidur lagi. Asyraf tak perasan pun. Bila Asyraf terjaga dalam pukul 8.30pagi, tau2 Mama dah takde. Asyraf bila Mama atau Abah takde, Asyraf ni well behave. Tak de nangis pun macam budak2 lain. So far Asyraf ok je. Tapi bila Mama amik Asyraf jam 7 malam, Asyraf saja buat2 jual mahal. Minta itu minta ini. Kesian pulak Asyraf tengok Mama kena layan Asyraf. Nasib la kan... itu Asyraf punya privilege la.... membership has its privilege, kata org putih...
Kadang2 Mama sampai tak sempat mandi.... Asyraf saja jer.... tapi sejak kebelakangan ni, Asyraf tengok Mama dah dapat kesan trend Asyraf.... so sekarang ni Mama buat2 tak tau je bila Asyraf buat meragam.... hish! penat je Asyraf eksyen...
Tapi Asyraf loves both Abah dan Mama.......

SUSU ASYRAF


Abah dan Mama dah belikan Asyraf 5 jenis susu - Frisolac, Isomil, Dumex, Nan, Enfalac; yg Asyraf berkenan ialah Isomil, sejenis susu formula berasaskan soya. Tapi sebab susu2 lain dah terbeli dan masih banyak lagi, Mama campurkan susu2 lain kedalam Isomil. Abah dan Mama ingat Asyraf tak tahu yg depa campur susu tu, tapi Asyraf tahu sebab Asyraf dapat bezakan susu ori dgn susu campuran. Tapi takpelah Asyraf bagi "chance" pada Abah dan Mama. Lagipun susu2 tu mahal, tin besar Enfalac RM72 setin, manakala yg kecil semua nya lebih kurang RM 30 setin. Macamana pun susu yg paling best masih lagi susu cap gantung, susu Mama lah tu..... hehehe. Tima kacih Mama (dan Abah).

Monday, 29 June 2009

Nenek Nilai


Sejak Asyraf dilahirkan 18 Mei yg lalu, sampai lah ke hari ini, Asyraf belum pernah jumpa dgn nenek Nilai. Abah pun belum nak bawak Asyraf balik ke Nilai berjumpa Nenek. Agaknya Abah tak mahu merisaukan hati nenek. Dan jugak sebab Mak tak bagi Abah bawak balik Asyraf ke Nilai.

Nenek dan adik beradik Abah serta isteri masing2 berjumpa Mama pada 24 Jan yg lalu. Sambutan terhadap Mama tersangat lah dingin. Abah kesian dgn Mama. Tapi takpe lah. Abah tahu bukan senang diorang nak terima Mama apatah lagi Abah dan Mak dah berkahwin dekat 28 tahun. Mama pun tahu. Tapi dah hampir setahun berlalu. Asyraf pun dah lahir. Takkan lah diorang masih tak nak terima Mama? Macamana pun Asyraf dan Mama sangat sayang pada Abah. Asyraf dan Mama tahu Abah sangat sayang pada kami berdua.

Nenek mesti excited nak tengok cucu nya yg paling bongsu, anak Pak Itam (diorang panggil Abah - Pak Itam). Abah pun tengah cari masa yg sesuai nak bawak Asyraf berjumpa nenek Nilai.