Ayer Kuning kapal 2 atau AK2, itulah kapal korek Abah. Kawan Abah si Jamil Aris dia di atas kapal korek AK1. Dredgemaster Abah namanya Wong Sin Choy, kemudian di ganti dgn Soh Huat Eu dan lepas tu Tham.
Sebaik saja keluar daripada UTM pada tahun 1980, Abah di tawarkan bekerja sebagai Shift Supervisor, dengan Tronoh Mines (M) Berhad, sebuah syarikat lombong bijih timah, yg terletak di Ayer Kuning, Kampar, Perak. Lombong ini mempunyai dua buah kapal korek iaitu AK1 dan AK2, iaitu masing2 mempunyai saiz bucket lebih kurang sama iaitu 8 cu.m. dan mempunyai jumlah bucket yg sama iaitu 144 buah bucket dalam satu bucket band (rantaian bucket) dan boleh mencecah kedalaman sehingga 100 kaki. Bucket2 ini di perbuat daripada manganese steel, yg keras dan tahan karat dan hakisan (corrosion and erosion).
Mula2 Abah di beri quarters bujang, iaitu sebuah rumah semi-D, jenis panggung bertiang tinggi dan bergaraj kereta di bawah dan di perbuat daripada kayu stail British, mempunyai 2 bilik tidur, lengkap dgn petiais sebesar anak gajah jenis Westinghouse, aircond untuk tiap2 bilik termasuk bilik tidur dan ruang tamu, dapur yg lengkap dgn water filter jenis tanah, dan electric stoves.
Abah bertugas ikut giliran shift mingguan - 1 minggu shift 7 pagi/ 3 ptg, kemudian 3ptg/11mlm, dan seterus nya 11mlm/7pagi. Off 1 hari diantara shift. Lepas shift malam aje, Abah akan balik KL jumpa Mak, dan Abah akan masuk baik dalam shift malam juga selepas itu. So, jangkamasa yg agak panjang. Contoh nya, Abah habis shift malam pada 7 pagi hari Jumaat, hari Sabtu ialah hari off day Abah, dan hari Ahad Abah akan start kerja pukul 11mlm. Kan lamer tu boleh bermesra dgn Mak di KL hehehe.....
Kawan2 Abah sama2 shift supervisor seperti Basri, Sivalingam Vellupillay, Bertram Fernando (Ceylonese lembut orang nya), Jamil Aris, KV Nair (India kuat minum arak dan selalu mabuk), George Cumming, Bala, Abdul Ghani Malik, ada satu Singh, dll.
Mines Manager semasa itu ialah orang putih Australian dan Assistant dia ialah Najib Jaafar, mining engineer, orang Terengganu, bekas lecturer ITM mining department, ada kereta BMW 2nd hand warna biru, plet no PT xxxx (Ponda Tua hehe). Kemudian Mines Manager di ambil alih oleh orang Melayu iaitu Hj Ramli.
Basri ada diploma dari UTM macam Abah jugak, Jamil degree metallurgy daripada Wisconsin, manakala Siva ada double degree in mechanical engineering dan commerce daripada Manchester kalau tak silap. Abah ada satu motosikal Honda Cub 50cc plet no. BK 932 warna biru; Siva ada Vespa 150cc takde brake punya, dan Jamil beli motosikal scrambler Suzuki 250cc. Abah beli motosikal Honda tu pun daripada Jamil dgn harga RM 150 bayar kash (BK). Kami bertiga selalu lah meronda2 kawasan lombong bila tak kerja. Siva ni pandai betul cakap Melayu, sebab dia berasal dari Tanjung Karang ke Kuala Selangor . Sekarang Siva dah jadi Senior Partner dalam Technip Geoproduction. Jamil seingat Abah masih dgn Proton kat Shah Alam.
Abah dan kawan2 bertiga ini kira2 nya batch baru yg berkelulusan akademik, yg masuk kedalam industri lombong melalui Pernas Charter Management (PCM), selepas Pernas (Perbadanan Nasional) mengambil alih pengurusan lombong2 bijih timah di Perak dan Selangor daripada Austral Almagamated (dari Australia) dan sebuah lagi syarikat British Anglo Oriental pada tahun 1977. Area Manager Perak ialah Abdul Shukor Sahar, dan opis nya terletak di pekan Batu Gajah. Tapi Abah tak suka dia. Muka hampeh macam nak makan orang je. Sampai hari ini Abah ingat rupa dia.
Kemudian masuk lah pulak Mohamed bin Yahya sebagai Electrical Engineer ex-JKR, kemudian Kepten Nordin ex TLDM sebagai Shift Supervisor, Mohamed misai tebal (abang ipar Nornilakasuma Jaafar class mate Abah di UTM) dan sorang lagi daripada TLDM, sebagai Shift Foreman.
Pegawai2 lombong dalam kategori Senior Staff (daripada manager hingga Shift Supervisor) di panggil Tuan oleh pekerja2 lombong. Jadi, Abah ni di panggil Tuan Azman, dan Tuan Basri, Tuan Jamil dll. Tuan2 ni semua disediakan club-house sendiri lengkap dgn snooker table, bar, lounge kerusi rotan, guest rooms, TV , telefon dan skrin wayang, fully airconditioned. Di luar ada swimming pool and tennis court. Eksyen betul la Abah masa tu.... Tangga gaji orang2 lombong pun agak yg tertinggi di banding dgn industri lain. Masa tu industri minyak dan gas baru saja nak berkembang. gaji Abah masa tu RM 970. Bayangkan tahun 1980 gaji dah dekat seribu dan barang2 masih lagi murah, kereta 2nd hand baru RM 1,500 sebuah dan motosikal cabuk RM 150 sebuah.
Abah yang selama ini makan ikan sepat masin, sayur pucuk ubi dan pucuk paku, tiba2 lumayan. Dapat lagi bonus 3 bulan. Hilang akal di buat nya. Abah pun mula lah mencari Mak, nak ajak kahwin la tu.....
Ada satu keluarga di belakang quarters Abah tu. Abang Ghani dan Kak Eton. Diorang ni orang Rembau, Negeri Sembilan so ngam sangat lah dgn Abah. Abang Ghani ni Shft Foreman, sebelum tu dia kerja FIMA Metalbox. Abang Ghani dan Kak Eton ada 4 orang anak - Along Norhamisah, Angah Noraini, Faisal dan Fadzli. Dah jadi keluarga angkat Abah. Kak Eton masa mudanya pernah jadi salesgirl kat Globe Silk Store, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Semoga Abah dan Mak dapat bertemu kmbali dgn Abg Ghani dan Kak Eton. Kat Rembau nu, Ayah abang Ghani ni diorang panggil Malik air dan Abang Ghani diorang gelar pecok.
Masa Abah kahwin dgn Mak, buat majlis di rumah banglo Abah di lombong. Abang Ghani dan Kak Eton lah yg banyak menolong, jugak pekerja2 lombong yg lain, seperti Pak Wahab, imam surau dll. Cerita nya begini. Baharudin dan rakan2 datang bertanya Abah, "Tuan, kalau Tuan nak buat kenduri kahwin kat rumah tuan ni, kami boleh settlekan, tuan sediakan duit saja. Abah pun bagi RM 500 untuk beli ayam, kambing, buat nasi minyak dll. Abah pun pergi la kerja macam biasa, shift pagi 7pagi/3ptg. Baik kerja semua nya dah siap. Khemah, pelamin, dan bermacam2 lagi. Besok nya Abah bersanding lagi sekali lagi kat banglo tu, baju songket berwarna biru. Petang tu lepas kenduri, semua clear oleh pekerja2 Abah tu. baik betul diorang tu.
Kadang2 motosikal Abah rosak atau kehabisan minyak semasa balik kerja. Biasanya berlaku semasa balik kerja shift petang 3ptg/11mlm. Selepas handover tugas kepada Siva atau uncle Nair, Abah selalu nya duduk borak2 dgn diorang sampai 11.30mlm baru balik. Keluar daripada kapal korek, naik bot pergi ke tebing lombong. Ambik motor terus pecut balik. Sampai setengah jalan minyak habis. Rupa2nya minyak motor Abah di kebas dek pekerja2. Motor Honda 50 ni seat takde kunci penutup minyak dia (fuel cap) dan boleh tarik dari tepi injin getah paip minyak. So, biasanya Abah kena tolak motor ni berjalan kaki dalam gelap malam2 buta, di celah2 lombong, belukar dan hutan. Seram jugak. Oleh kerana motor ni takde bateri cuma dynamo je, lampu headlight motor hanya boleh hidup bila injin hidup. Bila kehabisan minyak, macamana nak hidupkan injin? Kalau injin dah hidup, makin kuat kita pulas minyak, makin terang lampu headlight. Nak di jadikan cerita, satu hari Abah balik dari makan malam di rumah Abang Mail Kak Yah. Dalam perjalanan di celah2 lombong dan belukar/hutan, sedang Abah memecut motor Honda 50cc Abah tu (nak laju camne kalau setakat 50c) Abah ternampak kelibat seperti babi hutan sebab lampu headlight terang. Abah pun slow down dan lampu headlight pun malap, maklumlah guna dynamo. Makin slow moto makin malap lampu. Akhir nya Abah nampak babi hutan yg agak besar sedang melintas dan Abah pun slow2 biar dia melintas dan terus memecut selepas dia melintas. Tiba2 ada dua ekor anak babi hutan melintas mengekori ibunya. Abah pun apa lagi terlanggar lah anak babi hutan tu. Tergolek dog Abah dn motor tu kat atas jalan tanah tu. Injin motor hidup tapi lampu sangat lah malap dan sekeliling Abah sangat gelap. Abah terus berlari meninggalkan moto dan anak babi hutan tu, dalam ketakutan takut2 ibu babi tu mengejar Abah. Koyak lah kaki seluar Abah. Agak2 babi tu tak kejar, Abah pun berpatah balik ke motor dan terus pecut balik ke rumah banglo.
Kalau Abah kerja shift malam, Abah akan tidur selepas makan tengahari hingga Maghrib. Lepas tu pergi makan malam di rumah kak Yah, dah kontrek dengan Kak Yah Abang Mail (Ketua Kerani tu), RM 150 sebulan untuk makan tengahari dan malam. Lepas tu terus balik rumah (kalau tak langgar babi hutan la) bancuh kopi O panas, masukkan dalam Thermos dan letak dalam bakul anyaman plastik. Bekal untuk kerja malam. Rokok Benson and Hedges sebungkus, roti, torch light 6 bateri, dan surat kabar. Masa tu mana ada handphone atau computer atau internet, blog, facebook, twitter dll.
Kadang2 semasa shift malam tali headline kapal korek terputus, biasanya berlaku pukul 3 pagi waktu hujan. Abah kena bawa pekerja mengharung paya dan hutan untuk menyambungkan semula head line itu.
Masa tu sungguh seronok. Suasana lombong yang tenang, di kelilingi kolam2 bekas lombong, udara bersih dan segar, pucuk paku pakis yg tumbuh meliar, pancing ikan air tawar. Mak pun suka duduk di lombong ni.
Selepas kahwin, Mak minta tukar ke Perak. Tapi dapat posting ke JPT (Jab Parit dan Taliair) Teluk Sena. Dari rumah di lombong ni lebih kurang 50 batu. Mak dapat quarters kat situ tapi quarters pekerja sebab kuarters pegawai tak ada kosong. Abah akan join Mak bila Abah balik dari shift pagi iaitu selepas jam 3ptg. Besok nya Abah akan drive balik ke lombong. Kenapa jauh sangat? Sebab nya Abah kena drive melalui pekan Langkap, Chui Chak, Cangkat Jong, Cangkat Petai, dan kena pergi ke Bota dulu, nak tumpang jembatan lepas tu berpatah balik ke arah Teluk Sena, dalam kawasan Kampung Gajah (ingat tak sejarah Maharaja Lela tikam JWW Birch di Pasir Salak, Kampung Gajah? Asyraf yg baru berumur 21 hari ni pun ingat!). Kalau naik bot menyeberang sungai dekat je, terus landing kat opis JPT. So, lepas tu Mak dah pandai short cut. Park kereta seberang sini dan naik bot. Masa tu Mak dah mengandungkan Along.
Apabila kandungan Mak dah masuk 7 bulan, Mak dapat tukar ke Teluk Intan. So, berulang lah Mak dari lomobong ke Teluk Intan setiap hari. Tapi kena lalu jembatan keretapi untuk melintasi sungai di pekan Teluk Anson. Ada sekali tu Mak nak rush semasa gate keretapi nak tutup. Apalagi calarlah kereta Mitsubishi Lancer Abah tu.
Nak cerita sikit. Ayah Nornilakasuma ni ialah Cikgu Jaafar, yg tinggal di Taman xxxx, di pekan Kampar. Kakak Nornila seorang guru juga dan jugak buat jualan lansung secara kecil2an, suami nya tu Mohamed Misai kawan Abah di lombong. Cikgu Jaafar la yg mengajar budak2 lagu ni:
Honda Cub Yamaha Suzuki
Mana sedap Toyota Corolla
Itu Semua boleh di beli
Spare part banyak lah di kedai
AAA AA ji no moto
OOO OOO do rono
Mari kita main sport TOTO
Kalau menang kita pergi Tokyo
Mak Nornila sakit dah lama tak leh jalan, kesian dia, manakala Cikgu Jaafar ni macam orang muda, aktif bersukan bolasepak dan macam2 lagi.
Siri cerita2 seram semasa Abah tinggal dan bekerja di lombong.
Abah shift malam masa tu dan tugas Abah ialah memastikan semua mesin2 beroperasi dengan baik. Abah mesti ronda kapal korek dari dek bawah sampai ke dek atas dan juga memeriksa satu pontoon compartment setiap hari. Dengan berbekalkan torch light 6 bateri tu, Abah memulakan rodaan dgn menaiki tangga di tepi bucket ladder, yg bersambung terus ke tumbler (sprocket yg menarik bucket ke atas). Shaft tumbler ini di putar oleh motor elektrik 450HP tiap2 satu, satu di kiri dan kanan tumbler ini. Abah akan memeriksa semua bearing yg perlu di gris untuk memastikan ianya tidak panas dan sentias bergeris. Tugas menggeris ini ialah tugas seorang Greaser. Dalam shift Abah greaser ialah Pak Wahab, imam surau lombong Abah ni.
Pada satu malam seperti biasa, Abah memulakan pemeriksaan ke tumbler. Dari jauh macam tidak ada apa2. Apabila dah dekat Abah tak nampak pulak Pak Wahab, yg selalu nya bersandar di tepi tiang dekat tumbler itu. Yang Abah nampak satu lembaga berpakaian putih sedang bersembahyang. Abah pun terus turun kebawah mencari Pak Wahab dan terjumpa beliau sedang tidur di meja makan. Abah tanya Pak Wahab siapakah yg bersembahyang kat atas itu? Pak Wahab senyum saja dan berkata, "Biasa la Tuan, dia tumpang sembahyang, dia tak kacau kita. Itulah sebab nya kenapa saya turun kat bawah malam ini".
Di satu malam yang lain (kenapa tak berlaku waktu siang ek?) Abah ingin memeriksa salah satu compartment pontoon. Abah pilih pontoon yg nombor dua dari hadapan sebelah portside. Tinggi pontoon ini lebih kurang 12 kaki dan panjang lebihkurang 20 kaki dan lebar lebihkurang 15 kaki. Ada satu manhole di satu sudut di atas pontoon ini. Dibawah manhole ini ada tangga tegak untuk turun naik ke/dari pontoon. Selepas dibuka oleh pekerja Abah, Abah pun turun seorang2 ke pontoon melalui tangga tegak itu. Sampai di bawah, Abah menyuluh sekeliling pontoon termasuk ruang di bawah pangkin (di atas pangkin kita jadikan stor simpan wire2, dan barang2 lain). Tiba2 ada satu suara," Mari bang! Mari bang! Mari bang! Abah cuma dengar suara saja, tapi tak nampak rupa nya (tak hingin nak tengok rupa nya pun). Abah terus melihat pintu manhole tu sambil berkata sempat ke aku naik keatas sebelum di tutup manhole ini oleh "makhluk" ni. Kalau la di tarik nya kaki Abah semasa Abah memanjat..... hihihi.... Dengan sekali siut, Abah memanjat tangga dan sampai ke atas sambil tercungap2. Abah terus ke opis di tingkat atas. Winchman bertugas ialah Bakri Omar (adik bekas Ketua Polis Negara sebelum Datuk Musa Hassan). Abah beritahu dia tentang apa yg dah terjadi. Dia jawab, "Biasa la Tuan, pagi tadi kita masuk tanah baru. Kita dah makan rumah diorang ni. Jadi sementara ni diorang tumpang la kapal kita. Besok diorang pindah la...... " "Oooooooo! Camtu."
Pada satu malam yg lain, Abah berjalan kehujung kapal korek. Masa itu kapal korek merapati tebing sebelah kiri yg penuh dgn pokok kelapa sawit. Malam tidak berapa gelap dan waktu itu lebihkurang pukul 1 pagi. Abah ternampak bebola api berwarna - sekejap hijau, sekejap kuning, biru, merah, macam lampu disko, tetapi boleh naik dan turun, lebih kurang 12 kaki dari paras tanah sebab ianya bermain di hujung daun kelapa sawit muda. Abah pun dengan menggunakan lampu suluh 6 baterinya, menyuluh kearah bebola api itu. Bebola api itu selamba je tak hiraukan Abah. Tak lama lepas tu ia hilang. Abah pun bertanya kepada Bakri Omar dan dia selamba je menjawab, "Itu santau angin Tuan, ada poskod nya untuk seseorang. Bukan untuk kita"."Ooooooo! Kalau untuk kita dah lama saya kena" jawab Abah.