Semasa Abah sampai Glasgow, jam menunjukkan pukul 7pagi, 21 Aug 1984. Abah turun di setesen keretapi Glasgow Central Station. Pak Lang Harith datang ambik di setesen. Dia ada kereta Volvo 244. Ada dua beg besar yg nak kena usung. Selain daripada pakaian, kandungan selebih nya ialah rempah ratus, keropok, sambal tumis ikan bilis, belacan, dll yg di pesan oleh Mak Lang Ani. Perjalanan dari setesen keretapi ke rumah Pak Lang di Cumbernauld, 20km dari Glasgow, memakan masa lebih kurang setengah jam.
Abah bertolak dari London pada pukul 11 mlm, naik keretapi the "Night Rider 125" iaitu keretapi berkelajuan 125 km se jam. Dalam keretapi Abah tidur je, sebab letih dalam flight selama 12 jam dari Kuala Lumpur ke London. Nasib baik naik MAS, dan bukan PIA atau BIMAN.
Sebaik landed di Terminal 3 Heathrow lebih kurang 7 apgi, Abah pun beratur di Imigresen, bersama2 dgn beratus2 lagi penumpang dari India, Pakistan dan Bangladesh. Rupa2 nya orang putih ni melonggokkan semua passenger kulit berwarna di Terminal 3. Sampaikan pegawai Imigresen British pun berketurunan Indo-Pak. Bila time Abah nak chop paspot, pegawai Imigresen berketurunan Indo-Pak bertanya, "How long do you wish to stay in my country?" Abah jawab about 3 years until I finished my studies". Dalam hati Abah, poraahh.... your country is India ler...Once upon a time, Mak Bapak diorang pun pernah melintasi Terminal 3 Heathrow ini.
Lepas imigresen, collect bag dan terus ke cafeteria, nak minum kopi. "One coffee please" Abah cakap dengan pelayan berketurunan Carribean/Jamaica tu. Dia tanya,"Black or white?" Abah cakap, "Black please". Ewahhhh.... Abah speaking orait... Dalam hati Abah berkata mana ada kopi putih, bodoh betul la pelayan ni. Semasa nak bayar Abah tanya pelayan tu, "Where is the milk? ". Dia jawab, "Over there, but you asked for black". Abah pun senyum tersipu-sipu, malu2......
Semasa menuggu keretapi di platform, terjumpa sepasang suami isteri, Melayu Malaysia - Kazar dan Lela. Kebetulan Abah kenal Kazar ni sebab sama2 kat UTM sebelum ni. Jadilah, ada kawan nak temankan Abah. Kebetulan Kazar pun nak ke Glasgow, ye lah memang keretapi tu nak Glasgow, takkan nak ke Kota Bharu pulak..... Kazar dah setahun di Glasgow, ni dia balik cuti kahwin. Tak silap, Lela pun baru graduate dari UKM bidang Physics.
Ada satu orang putih lelaki separuh mabuk datang approach Abah lantas bertanyakan soalan "Why do you come to my country?". Abah jawab, "To study". Dia balas, " What can you study in my country that you cannot study in your country?". Abah tak jawab dan berlalu. Abah ingat orang putih ni racist...... tapi bila fikir2 kan balik, benar juga, perlu ke kita nak pergi belajar jauh2 sampai kat negeri orang putih ni, kalau ilmu yg sama boleh di perolehi di negara sendiri, dan lebih murah?
Macamana Abah boleh sampai di Glasgow ni? Panjang ceritanya.... kalau Abah cerita, sampai umur Asyraf 3 tahun pun belum tentu boleh tamat cerita Abah ni. Sekarang ni Asyraf baru berumur 17 hari. Lamer tuuuu.... takpe lah nanti Asyraf tanya Abah dan Asyraf akan tulis dlm blog ni.... tunggu ye.... Asyraf nak cari Mama, Asyraf nak menyusu ler....
Pada satu hari Sabtu, bulan Feb 1984, masa makan tengahari di rumah Abah di Kg Padang Balang Sentul, Kuala Lumpur, Abah terbaca satu iklan dlm suratkabar. Iklan dari British Council Kuala Lumpur tentang kedatangan beberapa pegawai daripada beberapa universiti dan politeknik dari UK utk temuduga bakal2 pelajar.Temuduga akan di adakan besoknya, hari Ahad.
Sebenarnya suratkabar tu Abah bentang sebagai sapra untuk alas pinggan lauk masa makan. Jadi semasa makan tu sempat jugak baca berita. Secara kebetulan saja terbentang muka surat yg ada iklan tu dan tidak pulak ditutupi oleh pinggan2 lauk. Memang rezeki Abah.
Hari Sabtu Abah memang tak kerja, so Abah bawa Along (masa tu baru anak sorang) pergi ambik Mak kat opis, JPS HQ,Jalan Mahameru (sekarang Jalan Sultan Salahudin).Sampai rumah Mak terus masak dan Abah bentangkan suratkabar lama sebagai sapra.
Besoknya Abah pergi British Council di atas bukit persekutuan sekarang ni opposite Dayabumi.Ada 12 institusi semuanya termasuk Nottingham University, Middlesex Polytechnic dll. Abah bawa sijil Diploma Abah dan telah di terima masuk ke Middlesex Polytechnic, London,untuk kursus BEng (mechanical) dgn syarat ada sponsor.Alhamdulillah.Abah balik senang hati beritau Mak.
Selepas hari itu, abah sibuk merayau mencari sponsor. Salah satunya yg abah jumpa ialah Tuan Syed Fahmi, Jabatan Kejuruteraan Petroliam dan Gas Asli.Beliau offer gaji pokok diploma + 2xincrement iaitu 2xRM60. Abah beritau Tuan Syed gaji Abah masa tu dah RM1,400 so tak cukup la. Dia kata kita mesti ada semangat nak tolong anak bangsa. Abah jawab,"Tuan Syed, semangat saja tak boleh beli beras". Marah betul dia dgn Abah. Lagipun dia suruh abah tunggu sampai tahun hadapannya baru boleh pergi oversea, sebab lecturer lain dah lama tunggu.salah sorang nya ialah kawan abah jugak sekarang ni dah jadi Prof Madya Abdul Razak.abah kata terima kasih la Tuan Syed.
Kebetulan MARA pun advertise......
Dalam bulan April, MARA advertise pinjaman pelajaran utk lepasan diploma melanjutkan pelajaran ke luar negara. Abah pun apply dan dipanggil interview dan kena tulis essay "why you want to study overseas".Abah berjaya dan akhirnya ditawarkan pinjaman untuk 3 tahun.Abah berlepas pada 20 Aug 1984.That was the first time Abah pergi oversea in fact first time naik kapalterbang pun.Abah terpaksa meninggalkan Along dan Mak yg sedang mengandungkan Memer, demi mencapai cita2 Abah dan untuk masa depan Abah sekeluarga, termasuk masa depan Asyraf la tu..... Hehehehe (bunyi macam drama la pulak)
Memang macam drama sebab terlalu banyak "coincidences" contohnya iklan British Council di surat kabar, iklan MARA dan berbagai2 lagi.Tapi sebenarnya rezeki yg Allah nak bagi pd Abah.
Sebenarnya sejak tahun 1983 lagi Abah dah timbul minat nak pergi sambung belajar, atas tiga sebab: Razif Ibrahim dan desakan ekonomi dan adik beradik.
Si Razif ni seorang mechanical engineer graduated dari Monash University, Australia.Abah share bilik ofis dgn Razif. Pada satu hari Abah tanya Razif apakebenda yg dia proses tu dari komputer dia tu dgn print out yg sangat tebal, penuh dgn X,Y, dan nombor2.Dia tempelak Abah dgn cara sarcastic,"Kau mana tau!"Abah terdiam, mentang2 Abah ni diploma (kejuruteraan Petroliam) je, dia hina Abah.Abah bertanya sebab Abah tak tahu, dan Abah tak tahu sebab Abah tak belajar bende tu, bukan sebab Abah bodoh. Abah berazam satu hari nanti Abah akan jadi mechanical engineer, macam Razif.Di Glasgow Abah belajar subject tu, Stress Analysis by Finite Element Method.Very tedious method to analyse stresses of structural members, so require computer. Tak lah terer sangat rupanya. Thanks to Razif sebab mencabar Abah.
Yg kedua, dlm tahun 1983, syarikat Abah, Malaysia Mining Corp, dah buang lebih 1,000 pekerja lombong bijih timah, akibat kejatuhan harga timah di pasaran dunia melalui London Stock exchage.Very soon Abah akan kena buang kerja.
Last sekali,pressure dari adik beradik Abah yang sumanya dah, sedang dan akan ada degree very soon.
Akhir nya Abah berjaya jadi mechanical engineer, dapat BSc Mechanical Engineering dari University of Glasgow, bulan Julai 1987.
Wednesday, 3 June 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment