Monday, 29 June 2009

Asyraf di Pulau Pinang dari 22 Mei ke 4 Julai 2009

Asyraf dan Mama berada di Balik Pulau semenjak 22 Mei tempoh hari. Termasuk hari ini dah sebulan lebih Asyraf kat kampung menunggu Mama habis pantang. Abah kata nanti hari Jumaat 3 Julai Abah balik nak jumpa Asyraf dan Mama dan keesokan hari nya 4 Julai, hari Sabtu, Abah akan bawa Asyraf dan Mama balik ke KL. Asyraf pun dah tak sabar nak ikut Abah balik ke KL.

Sekarang ni pun Abah hari2 telefon Mama nak cakap dgn Asyraf. Sekali masa Abah nak pergi kerja pagi2, kemudian tengahari masa Abah nak pergi lunch dan sebelah petang atau malam semasa dalam perjalanan balik ke rumah. Abah rindu sangat dgn Asraf dan Mama, tapi selalu nya Asyraf sedang tidur semasa Abah call. Mama aje lah yg layan Abah.

Abah kata Abah dah jumpa baby sitter, dekat je dgn apartment Mama - Mama tingkat 3, auntie tu tingkat 5, blok yg sama.

Abah dah belikan Asyraf katil, push-chair dan baby car seat. jadi kalau Mama nak hantar pagi2 kerumah auntie, Mama tolak aje Asyraf dalam push-chair.

Nanti yg paling Asyraf miss ialah susu badan Mama sebab bila mama dah mula kerja macamana Asyraf nak menetek. Mama dah cuba2 beri Asyraf susu formula tapi Asyraf tak berapa suka.

Pagi2 lepas bangun tidur Asyraf mesti nak menyusu. Lepas tu Asyraf nak Mama masukkan Asyaf dalam push-chair dan tolak Asyrak keliling rumah, dapat udara fresh dan cahaya matahari. Lebih kurang pukul 10 pagi, baru lah Tok mandikan Asyraf. Lepas mandi tukar baju semua, Asyraf akan tidur semula dan akan bagun untuk lunch.

No comments:

Post a Comment