Tiba2 Abah tersentak2 dlm tidur, meronta2, sebab Abah di cekik oleh lembaga hitam. Ini bukan drama, tapi cerita betul semasa Abah di Madinah. Mak kejutkan Abah.
Abah dan Mak duduk sebilik manakala jemaah yg lain ada yg berkongsi 4 sebilik dan 6 sebilik. Hotel nya bernama Al Harithiah, 5 star hotel, bersebelahan Hotel Movenpick Tabung Haji, dan bilik Abah dan Mak very comfortable, jenis executive suit, siap dgn lounge, kitchen, bedroom, bathroom. Best .....mana tak nya harga package RM 27k per person...
Kejadian di atas itu berlaku sebelah malam pada hari yang sama, di mana jemaah lelaki di benarkan masuk ke perkuburan Baqi'. Perkuburan untuk kerabat2, isteri, anak2 Nabi dan para Syuhadah yg lain. Pagi tu pada tanggal 13 Nov 2008, jam 7pagi selepas sarapan, rombongan jemaah di bawa berjalan2 dibandar Madinah dan kawasan2 sekitar Mesjid Nabawi, termasuk perkuburan Baqi'. Tempat lawatan terakhir ialah pasar Kurma Madinah.
Abah dan rakan2 jemaah yg lain memasuki kawasan perkuburan melalui pintu besar dan berjalan diatas pavement yg di sediakan. Tak berapa jauh dari pintu masuk, Abah terserempak dgn seorang jemaah haji ni dan Abah ingin mengambil gambar. Selepas Abah salam dgn jemaah ini baru Abah perasan beliau adalah Saniman dari Babtie Consultant di Malaysia dan jugak kawan Abah masa di Glasgow. Abah pun berpelukan lah dengan dia sebab dah lama tak jumpa dan Allah jumpakan di Madinah semasa musim haji, dalam kawasan kubur pulak tu..... Selepas berborak2 sekejap dgn Saniman, Abah minta tolong dia ambilkan gambar Abah. Oleh kerana pavement tu sempit, angle camera tak berapa bagus (sebenarnya kan Abah Asyraf ni badan dia agak besar, tu la sebab tak muat nak masuk dlm camera.... bukan sebab pavement tu sempit.... hahaha.... tapi jangan bagitau Abah tau... nanti dia marah kat Asyraf...) So, Abah pun melangkah kaki dan pijak atas tanah kubur. Abah tak sedar atas kubur siapa yg dia pijak. Lepas ambil gambar Abah pun borak2 dgn Saniman dan meneruskan lawatan ke kawasan lain dalam kawasan kubur itu.
Selepas terjaga sebab kena cekik itu, Abah berfikir2 apakah sebab nya Abah di cekik (Abah ingat Mak yg cekik Abah sebab Mama Asyraf hehehe... lawak je)..... apakah aktiviti yg Abah buat "out of the ordinary" pada hari semalam nya. Akhir nya conclusion nya ialah mestilah sebab Abah telah terpijak kubur seseorang di perkuburan Baqi'. Abah terus bangun mandi dan bersiap2 nak ke mesjid. Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Abah dan Mak pun siap2 dan terus pergi ke Mesjid dalam pukul 3 pagi. Sampai di mesjid, Mak pergi ke bahagian wanita dan Abah pergi ronda kawasan mesjid, cari ruang yang belum Abah jejakkan kepala Abah di sejadah nya. Akhir nya Abah terjumpa satu ruang yang agak terbatas, di satu hujung mesjid, lebar nya lebih kurang 7 orang berdiri dalam saf dan panjang nya lebih kurang 20 saf, terletak diantara makam Nabi dgn dinding tepi mesjid . Di sebelah makam Nabi yg satu lagi ialah kawasan Raudah. Elok2 ada satu ruang kosong untuk Abah mengerjakan solat, lebih kurang 5 saf dari hadapan. Selepas sembahyang sunat Tahajjud, sunat Taubat, Abah terus duduk di situ sehingga waktu Subuh, 5.30pagi. Selepas solat Subuh, Abah keluar dari mesjid lebih kurang pukul 6 pagi. Baru Abah perasan, di hadapan Abah ialah perkuburan Baqi'. Abah pun terus pergi berhampiran perkuburan itu, memberi salam, menghadiahkan Al Fatihah dan membaca doa kepada penghuni kubur dan jugak memohon maaf atas kesilapan yang tak di sengajakan semalam (masa bergambar). Abah terus balik ke hotel untuk bersarapan.
Malam tu tak ada gangguan lagi........ (cuma Mak aje yg ganggu hehehe...)
Rupanya bukan abah sorang sahaja yang kena cekik, rupanya kawan abah satu grup pun kena juga atas sebab yang sama pihak kubur
Friday, 5 June 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment