Monday, 8 June 2009

1983 -1984 Sentul, Kuala Lumpur

Masa tu Abah kerja di Malaysia Mining Corporation (MMC)Berhad,Wisma Bunga Raya, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Abah telah berpindah ke HQ ni pada bulan Nov 1982 dari Tronoh Mines (M) Bhd, Ayer Kuning, Kampar,Perak. Abah telah dinaikkan pangkat kepada Project Engineer, (North Perak). Manakala South Perak di jaga oleh kawan Abah, Mohd Yusuf Abdullah.
Abah cari rumah sewa yg termampu. Kebetulan Mohamed Hamzah, orang Kelantan, juga seorang engineer MMC di Jabatan Perolehan (Procurement), ada rumah spare untuk disewakan, yg terletak di No. 43, Kg Padang Balang, Sentul, Kuala Lumpur.
Rumah ni setingkat dua bilik, sesuai lah dgn Abah dan Mak.Sewanya RM250 sebulan.Masa tu Mak masih mengandungkan Along.Along lahir pada 13 Feb 1983, kebetulan hari raya Cina.
Jiran sebelah rumah ialah Makcik Cina, suami nya Melayu dan dua orang anak perempuan nya manakala jiran sebelah lagi satu ialah keluarga Melayu. Oleh kerana ianya berada dlm kampung, jalan raya nya agak sempit walaupun dah ber tar. Kawan Abah, Mohd Yusof Abdullah duduk di kg yg sama tapi rumahnya masuk kedalam lagi.
Setelah Along lahir, Along di jaga oleh seorang kakak yg duduk di kg tu jugak. Along dihantar kerumah kakak tiap2 pagi dan akan diambil tiap2 ptg.

Masa tu Abah bawa kereta Mitsubishi Colt Lancer, 1200cc, warna kuning cream, yg lampu brek belakang nya macam bentuk telefon, tapi takde aircond. Kereta ni Abah beli daripada abang kepada Shuib Sahudin, seorang lagi engineer MMC, dgn harga RM2,500 pada tahun 1982 semasa Abah kerja di lombong Ayer Kuning. Mak guna kereta ni untuk pergi kerja semasa Mak kerja di Telok Anson (Intan)berulang dari Ayer Kuning. Abang kepada Shuib ni sekarang dah dapat title Dato' dan bekas Pengetua Maktab Kerjasama mungkin sekarang ni dah jadi Naib Canselor salah satu Universiti di Msia.
Di jalan masuk ke kg ini, ada sebuah kedai runcit, kedai Osman Shah tapi di simpang jalan masuk ke rumah Abah ada sebuah lagi kedai runcit.

Rumah2 teres ini di bina diatas tapak tanah paya dan berhampiran dgn pylon High Tension Power Transmission Cable.
Masa ni Abah dah guna kereta Mitsubishi Galant Sigma plet no. WN1521 warna biru navy kepunyaan Pak Lang Harith.Pak Lang Mak Lang Ani masa tu berada di Scotland sebab Pak Lang sambung Masters.

Abah dan Mak dan Kak Long Ya (Noor Fadzillah) duduk di sini sehingga Abah pulak pergi UK sambung buat degree di University of Glasgow Scotland, Aug 1984.

No comments:

Post a Comment