Monday, 8 June 2009

1996 - 1997 Pasir Gudang, Johor

Abah bertugas dgn Esso Production Msia Incorporated (EPMI) sebagai HSE Engineer, on contract, for the fabrication of jackets of Seligi F (Se-F) and Raya A (Ra-A). Se-F jacket di bena di limbungan Sime Sembawang Engineering (SSE) di Teluk Ramunia, Pengerang, Johor, manakala Ra-A jacket di bena di limbungan Malaysia Shipyard and Engineering (MSE) sekarang di kenali sebagai Malaysia Marine and Heavy Engineering (MMHE), di Pasir Gudang Johor. Abah mula bertugas pada bulan November 1996 sehingga tamat contract Nov 1997. Abah dan Mak sekeluarga diam di Taman Air Biru, Pasir Gudang. Bewan dan abang Jiji bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 3, manakala Memer bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang. Along masih di SMSTSSS (Sek Men Sains Tun Syed Syeh Shahabuddin) di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kak Yayah baru berumur 2 tahun dan abang Aijat lahir pada 1 Ogos 1997 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Abah di kehendaki berada di MSE pada hari Isnin hingga Rabu, Sabtu dan Ahad, manakala di SSE Teluk Ramunia pada hari Khamis dan Jumaat. Bila kena pergi ke Teluk Ramunia, pagi2 lagi Abah dah bangun dan pada pukul 5pagi Abah dah bertolak. Masa tu Abah drive kereta Proton Iswara 1.3 warna cokelat cair, no. plet BDR 5513. Perjalanan mengambil masa lebih kurang dua jam ke Teluk Ramunia, melalui Kota Tinggi, FELDA Air Tawar 5,4,3 dan 1, 2, Teluk Sengat (chilli crab dia best sangat!), Bandar Penawar, Belungkor, Sebana Cove, Pengerang dan akhir nya Kg Changi sebelum masuk ke simpang SSE Teluk Ramunia.

Semasa di Teluk Ramunia, Abah tumpang tidur di quarters SSE, satu bilik dgn Jamal dan Wak Ramli, sudah save duit hotel. Hari pertama selepas lapor diri di Teluk Ramunia, Abah tidur di hotel di pekan Pengerang, harga nya RM 35 satu malam. Bilik nya ok lah tapi duduk sorang2 tempat jin bertendang ni, boring jugak. Bayangkan sebelum ini Abah selalu duduk hotel berharga RM 350 (SGD150) satu malam semasa kerja Shell, tapi bila kerja kontrak ni, tidur hotel cikai. Nak buat macamana. Tapi gaji best RM 800 sehari.

No comments:

Post a Comment