Monday, 8 June 2009

1976 - 1980 Kuala Lumpur

Abah mendaftar di UTM sorang je. Bukan ada sedara mara yg hantar macam pelajar lain. Pergi ke blok berdepan dengan blok dewan makan tingkat satu. Beratur di hadapan meja Diploma Kejuruteraan Petroliam and Gas Asli. Yang bagi name tag ialah si Creep atau nama sebenarnya Zaini (aruah Mak Lang Ani kenal dgn mamat ni). Lepas tu berjalan la cari asrama - blok F bilik 11 (F11). Kena lalu blok D kemudian E, satu perjalanan yg biasanya mengambil masa 10 minit tetapi hari pertama ni mengambil masa dua jam. Sebabnya? Abah kena ragging ler...... Minggu suaikenal la katakan....

Room mate Abah dibilik F11 ialah Rosli Junid, orang Gopeng-hagen, ayah dia kerja dgn Osborne & Chapel, lombong bijih timah jugak. Jiran di F12 ialah Hamid Omar & Ahmanul. Jiran2 lain ialah Razali Yusof(Temerloh) & Latif Jawa Steve McGarret Hawaii 5-0 (Sekinchan) F9, Solihin&Yeob(Perak) F10,F13 Nik Ezani Kelantan,
Dlm kelas Diploma Kejuruteraan Petroliam & Gas Asli batch kedua (1976), antara yg Abah ingat ialah

No comments:

Post a Comment