Abah dan Mak + anak2 sebelah Mak suma pergi ke Cameron Highland semalam 30 May. Mama Asyraf yg booking kan kat Hotel Cameron Highland Resort, dapat staff price, cuma RM 115/satu bilik.
Abah bertolak dari KL dalam pukul 9 pagi dan tiba Cameron Highland Resort pukul 12thari. Memer dan Jiji kena duduk kat hotel lain, murah sikit, cuma RM 118/mlm Hotel Chua Gin, Brinchang.
Abah masuk dari lebuhraya Utara Selatan melalui Simpang Pulai. On the way singgah kat strawberry farm, petik strawberry, RM 35/kilo, Mak yg bayar satu kilo lebih, RM 68. Kak Yayah dgn Abah, Abg Ajat dgn Mak, Along dgn Abg Memer, Abg Jiji dan Kak Yuni, guna gunting untuk petik buah strawberry.
Lepas check in, rehat sekejap lepas tu dalam pukul 6 ptg, keluar menuju ke Cactus Point. Lepas tu ingat nak ke Butterfly Farm tapi jam dah 6.45ptg, farm tutup 7mlm. So, cancel, terus nak balik ke Berinchang. Dari Butterfly farm menuju ke pekan Berinchang jalan tersangat lah jam, sebab ada pasar malam sebelum pekan Berinchang. Sampai pekan berinchang dah pukul 7.45mlm. Terus makan malam sekali, steamboat, Memer belanja. Habis makan dlm pukul 9mlm, hantar Memer, Jiji dan Ajat ke hotel murah tu, belakang tempat nakan tu aje. Lepas tu Abah dgn Mak pergi pasar malam. Balik hotel jam 10mlm.

Besok pagi nya suma orang bangun lambat. So pergi breakfast dalam pukul 10 pagi. Abah dgn Mak breakfast kat Restoran Raihan, lontong je, lepas tu pergi join anak2 kat food court. Lepas breakfast Along, Kak Yuni, Memer dan Jiji pergi ke Ipoh sebab ada wedding kawan Along. Abah, Mak, Yayah dan Ajat pergi berjalan2. Mula2 pergi ke ladang teh BOH Plantation, jalan masuk sebelah Butterfly Farm. Jalan masuk ni bengkang bengkok dan terlalu sempit jadi bila berselisih dgn bas, bahaya betul. Lebih kurang 2 km dari main road sampailah ke BH Plantation ni. Wow! Best giler. Cuaca nya yg sejuk, ladang teh yg seluas mata memandang, ada kilang proses teh lagi. Lebih kurang pukul 12.45thari Abah, Mak, Kak Yayah dan abang Ajat pun bertolak ke Bee Farm. Abah dah tarat nak turun bukit dalam Bee Farm tu. Lepas tu pergi pulak ke Butterfly Farm. Bukan sahaja butterfly, tetapi jugak ada cicak mengkarung, ular, katak, kala jengking (scorpion), pokok cactus, dan bermacam2 lagi binatang2. Lepas tu pergi pulak merayap ke Hotel Strawberry Park di atas bukit, tak jauh dari Istana Sri Menanti Pahang. Turun dari Strawberry Park, pergi pulak tengok Rumah Peranginan Persekutuan, di sebelahnya Healthy Strawberry farm. Lepas tu turun dan pergi pulak tengok Olde' Smokehouse, teruk dah hotel tu, bumbung dah bocor2. Abah drove around the golf course dan terus ke pekan Berinchang. Sampai Berinchang terus ke KFC lebih kurang pukul 3ptg. Along, Kak Yuni, Memer dan Jiji join kat KFC sebaik saja tiba dari Ipoh.
Lepas tu suma balik ke hotel, lepak sampai lepas Maghrib. Malam nya pergi makan kat Nik's Ikan Bakar, sedap dan cepat.
Malam tu Memer, Jiji tumpang tidur bilik Along, Ajat tidur dgn Abah dan Mak. Saja nak rasa tidur kat hotel mewah. Tu suma Mama Asyraf yg bookingkan....
Pagi Isnin jam 8.30pagi, suma pergi breakfast kat food court lagi. Kali ni makan roti canai pulak. Lepas breakfast terus siap2 nak check out. Abah check out pukul 10 pagi. Kena bayar RM 115 x 2 hari x 2 bilik (bilik 31 & 32), jumlah RM 460. Dari hotel terus pergi ke Big Red Strawberry Farm. Tu dia naik bukit tinggi betul. Tapi farm dia cantik dan bersih, ada strawberry, dan sayur2an. Strawberry RM 40 sekilo so Abah kata baik beli kat makcik hari tu cuma RM 35 sekilo. Lepas tu pergi pulak ke pasar sayur2an kat Kea Farm. Beli jagung dan berjenis sayur2an. Lepas tu pergi strawberry farm makcik tua tu. Abah petik banyak strawberry dekat2 sekilo RM 27. Lepas tu bertolak ke Tea House Bharat arah Tapah (sebelum ni Tea House Bharat arah Simpang Pulai). Singgah di Tea House Bharat dalam pukul 12.15thari. Ambik gambar dan minum teh. Lepas tu bertolak balik ke KL. Singgah di R&R Tapah jam 2.30 petang untuk sembahyang dan makan tengahari. Lepas tu bertolak balik ke KL dan sampai KL jam 4.40ptg. Alhamdulillah!