Abah kena pergi Kertih lagi hari ni, kali ni bukan pada hari Khamis tapi hari Rabu sebab setiap minggu keempat Monthly Progress bukan Weekly Progress meeting.Abah keluar jam 6.15pagi tadi. Ni tengah releks kat R&R Temerloh. Abah sebenarnya dah boring buat kerja ni tapi sebab belum kaya (saham merudum rugi RM 2 juta last Disember 2008) terpaksa lah bekerja, sebab nak tanggung dua keluarga - Mak dan Mama.
Sepatutnya kalau dah berumur 50 tahun ni Abah nak kerja senang2 je dan melancong berjalan2 pergi Paris tengok Bewan.... tapi apakan daya....Allah Maha Mengetahui dan Maha Adil dan sebagai penggantinya Allah kurnia kpd Abah seorang anak lelaki - Asyraf la tu...hehehe...rezeki paling berharga alhamdulillah.
Abah abis meeting jam 4.30ptg dan jam 5 Abah drive balik dan tiba KL 11mlm. Kali ni Abah tak ikut jalan balikarah ke Kemaman Kertih Kuantan tapi Abah naik ke utara sikit arah Dungun lepas tu short cut ikut AlMu'tadibillah dan ladang sawit FELDA, tak banyak kenderaan dan laju je sampai ke persimpangan Jabor dan terus ke KL. Singgah di RR Kuantan solat ZOSAR (Zohor Asar - qasar & jamak) dan RR Temerloh RIBSYAK (Maghrib Isyak - qasar & jamak).
Wednesday, 27 May 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment