Selepas atuk bersara dari perkhidmatan polis dalam tahun 1974, Abah, Atuk, Nenek dan adik beradik berpindah ke Tiong Bahru, satu flat 2 bilik,kecik dan sempit untuk kami 7 beradik. Tapi itu saja yg Atuk mampu.Umur Atuk baru 45 tahun. Atuk pilih jadi security guard di bawah CISCO (Commercial & Industrial Security Co). Ofis nya di High Street.
Sebelum bersara, Atuk ada mengajar budak2 National Service dan salah sorang trainee tu offer nak jual motornya.Atuk beli motorsikal Yamaha 100cc dgn harga $100.
Tak sampai sebulan beli motor tu Atuk balik Nilai naik motor.Saja nak test power la tu. Dlm perjalan ada sekali Atuk kona baring kat jalan, otherwise the trip is OK. Atuk hantar telegram pd Nenek, Abah ingat lagi isikandungan nya,ringkas aje, "Kanda selamat sampai"
Abah bersekolah di menengah tiga, di Sek Men Buona Vista jadi kena naik bas. Masa tu tak ramai kawan2 Melayu dan jiran2 kebanyakan Cina. Yg Melayu rata2nya buroh atau pemain muzik.Tak memberansangkan.
Masa ni Abah masih aktif sebagai kedet laut dan telah mengambil bahagian dlm Round Singapore Island with canoe.Sila lihat artikel berikutnya.
Atuk meninggal dunia semasa tinggal di Tiong Baru.Masa tu atuk jaga rumah besar di Jalan Alwi (sekarang Lewis Road) off Bukit Timah Road. Abah ingat sebab Nenek bawak abah pergi kerumah besar itu.Nenek nak tengok tempat Atuk meninggal.Pada malam kejadian Atuk duduk dlm pondok jaga di tepi main gate. Tuan besar baru saja pulang kerumah lebih kurang pukul 11mlm. Tak pasti bila atuk collapse dlm pondok jaga tu dan terus meninggal.Hanya diketahui pagi besoknya.
Thursday, 28 May 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment