Saturday, 23 May 2009

Selamat Datang ke Pulau Pinang

Asyraf,Abah,Mama,Tok dan Mak Su Aida selamat tiba di Balik Pulau, Pulau Pinang jam 8.30mlm. Pemandangan dari atas bukit memandang ke bawah Balik Pulau dan sekitarnya sungguh menarik semasa kami merentas bukit dari Bayan Baru ke Balik Pulau.Inilah kali pertama seumur hidup Asyraf menjejakkan kaki di Pulau Pinang, yelah Asyraf kan baru berumur 5 hari hehehe.
Kami bertolak dari KL pukul 4ptg ikut KESAS Hiway menuju ke Utara.Perjalan smooth je & cuaca ptg pun ni best aje. Sepanjang perjalanan Abah asyik menyanyi aje, agaknya Abah sangat gembira sebab dapat Asyraf kot yelah ketika umur Abah menjangkau setengah Abah. Abah singgah R&R Gunung Semanggol nak solat Asar, masa tu pukul 6.30ptg.Abah, Tok & Mak Su p surau tapi Mama & Asyraf tunggu dlm kereta sebab Mama tak berapa larat nak jalan. Lepas solat Abah minum kopi pekena roti canai,Abah pun teruskan perjalanan tanpa henti.Kami tiba di jembatan PPinang tepat jam 7.27mlm hari Jumaat 22 Mei 2009.Selamat Datang ke Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment