Monday, 25 May 2009

Block 66, Commonwealth Drive, Singapura

Arrrrgghh! Alhamdulillah... kenyang perut ....dan dah dapat tidur kejap tadi..... so ni dah segar balik boleh sambung tulis blog.....

Block 66 ni sebenar nya is part of a cluster of four blocks of 10 storey high each (sori ek Asyraf tulis orang putih) iaitu blok 66,65,64 dan 63 dan di susun sedemikian rupa dalam bentuk empat segi supaya di tengah2 nya menjadi ruang kosong macam padang serba guna.... untuk kawat boleh, main bola boleh, untuk tengok wayang (ni Asyraf cerita lain kali) ....... tapi tanah nya tak best tak banyak rumput banyak batu2... di hujung block 66 ada kawasan mainan kanak2 termasuk kerusi pusing (merry go-round horizontal bukan yg vertical) dan buaian yg mana tali nya di perbuat daripada rantai dan tempat duduk nya solid kayu. Frame buai lebihkurang tinggi nya 10 kaki memuatkan tiga buai. Masa Pak Uda terbang tu, Pak Uda berada di buai tengah rasa2 nya. Abah Asyraf nampak masa Pak Uda terbang tu. Pak Uda duduk dan si Dollah tu berdiri sebab dia lebih besar daripada Pak Uda, dan si Dollah ni lah yg menghayun sekuat hati. Besoknya Pakcik Rahman dan Makcik Hawa datang kerumah settlekan isu accident ni.

Depan block 66 ni ada longkang besar ke parking lot yang panjang, tapi cuma ada satu titi aje itu pun terletak di tengah2, so jauh la sikit bagi sesiapa yg rumah nya dekat hujung dan dekat dengan gate. So, ada Pak cik ni namanya Pak cik Rahmat (dia bapak Rosidah girlfren Abah.... hehehe.... ni cerita lain kali) di ambik nya cable drum yg dibuat daripada kayu dan dia rentang across longkang tu sebagai titi. Pak cik Rahmat ni ada sebuah kereta kecik Austin Morris comel je.... dan dia jugak Presiden Sepak Takraw Singapura....Menghadap block 66 ni tapi di luar pagar ialah sedere rumah dua tingkat, yg di huni oleh antara lain nya Kartina Dahari, penyanyi yg lawa tu.... selalu berduet dengan Ahmad Jais.... di belakang rumah ni baru lah jalan keretapi Spura Kuala Lumpur.Tak jauh dari block 66 ialah gudang gas, kalau tak salah ada 2 atau tiga tangki besar, dan ada kilang roti dan sabun buku. Masa tu rumah flat dah ada gas memasak. Petang2 selalu terbau bau roti baru masak. Sabun buku pulak bukan lah jenis yg canggih punye, ni jenis 4 segi panjang, bila nak beli baru lah di potong2, satu potong 10sen. Tapi rasanya cuci baju pun tak berapa bersih sabun buku jenis ni.Ada sekali tu Abah dan kawan2 main dalam "trench" yg di gali untuk memasukkan paip air yg bergaris pusat lebih kurang 72".Abah dan kawan2 masuk dalam paip ni relek2. Abah ingat paip tu la yg bawa air dari Johor ke selatan Spura. Ini semua berlaku dalam tahun 1968-69.Ada satu kereta rosak, jenis macam kereta Ford hidung panjang yg bawak Winston Churchill tu..... di parking diluar pagar block 66. Abah dan kawan2 suka main dalam kereta tu, pusing steering la dan macam2 lagi sampai la kereta tu dah tak rupa kereta lagi........Di block 64 ada satu madrasah yg di perbuat daripada kayu untuk Abah dan kawan2 belajar agama. Hujung minggu Abah dan kawan2 masuk dan bermain dalam madrasah tu. Ada sorang kawan Abah ni tapi Abah dah lupa nama dia, ayah dia bagi dia lesen untuk order apa saja daripada kantin. So, Abah dan kawan2 selalu lah minta di belanja air lamned (lemonade) biasanya Green Spot dan roti.

No comments:

Post a Comment