Kami masih d PPinang maklumlah Mama kan masih dlm pantang.Asyraf & Mama akan duduk di rumah Tok&Wan sampai bulan Julai, sampai Mama abis pantang tapi Abah dah kena balik KL hari ni dan hanya boleh jengok Asyraf tiap2 dua minggu.Asyraf & Mama akan merindui Abah dan Abah pun akan merindui kami berdua.
Sekejap tadi 9.30pagi Jururawat Desa baru saja selesai periksa Asyraf dan Mama semuanya ok aje cuma mata Asyraf ada kuning sikit, besok Jururawat akan uruskan.
Semalam tengahari Abah&Wan (Wan tu maknanya datuk manakala Tok tu maknanya nenek dan cucu tu maknanya Asyraf la... hehehe) p beli kipas angin d pekan Kongsi, lebih kurang 10km dari rumah Wan (dah kenalkan Wan tu sapa, dah jangan tanya lagi), brand Panasonic harga RM169 tapi Wan dpt diskaun so cuma bayar RM150. Lepas tu singgah Maybank ambik RM1,000 nak bayar Makcik Suria sebab dia belikan makjun2 Mama berharga RM550 dan nak bayar upah Mak Su Aida sebab tolong Mama hari tu. Sekarang cuacua terlampau panas so tu sebab p belikipas angin.
Semalam ptg Abah, Tok, Makcik Suria dan Mak Su Aida p ke Giant dlm pukul 7mlm, nak p beli Mama Poko pampers sebab ada sale diskaun 50%. Lepas beli pampers kami p Sunshine beli pulak wet wipe, shampoo, susu Asyraf(satu tin Enfalac 1Kg tu harganya RM76... mak oi). Lepas tu kami pun balik la kerumah Tok sampai rumah Tok 8.30mlm.
Abah bertolak balik ke KL jam 3.30pm berseorangan. Abah nampak sedih. Abah memang sedih sebab terpaksa berpisah dgn Asyraf dan Mama sementara waktu ni. Dari mula sampai rumah Wan hari Jumaat hari tu sampai lah hari ni, Abah tak pernah berenggang dari Asyraf,Abah sentiasa ada di sebelah Asyraf, cuma Abah takut2 nak pegang atau dokong Asyraf tapi Abah memang macam tu dari anak pertama hinggalah anak ke tujuh (Asyraf la tu).Mama pun nampak sedih, maklumlah pada Mama, Abah tu satu2nya orang paling istimewa dalam hidup Mama.Walaupun Mama hanyalah isteri kedua, Abah tidak pernah membezakan kasih sayang Abah. Satu lagi yg pasti ialah Abah tersangat sayangkan Asyraf. Pagi petang siang malam Abah mesti ambik gambar Asyraf, kalau tak caya cuba tengok dalam Blackberry Abah.
Abah berhenti rehat kat R&R Tapah jam 5.30ptg. Selepas minum kopi Jantan satu gelas, makan pau ayam & kaya Abah beli dua limau bali satu isi merah (masam manis)dan satu lagi isi putih (manis) 3kilo RM21. Tadi Abah dah isi minyak penuh kat stesen Petronas kat pekan Kongsi Balik Pulau so di Tapah takyah isi lagi.Abah terus pecut 180km/jam akhirnya tiba kat rumah Alam Damai jam 7.30mlm.Alhamdulillah.
Sunday, 24 May 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment