Tigabelas tahun dulu Abah dan Mak serta adik beradik Asyraf anak Mak iaitu daripada Along hingga Kak Yayah diam di Jalan Pantai Jerjak berdekatan tapak Pesta PPinang. Masa tu Abah jadi Unit Manager PPinang, Indah Water Konsortium (IWK)dari Dis 1995 hingga Oct 1996.Abah sebenarnya tak suka dgn kerja baru ni sebab a.Jaga pembentungan najis b.Nak kena berhubung dgn masyarakat & melayan kerenah depa setiap hari.Sebelum ni Abah kerja dgn Sarawak Shell Berhad (SSB) sebagai Jurutera dari 1987-1995.
Masa di PP, Along sekolah d SMSTSSS (Sek Men Sains Tun Syed Syeikh Shahabuddin) Abang Memer&Bewan sekolah di sekolah rendah Bayan Baru. Abang Jiji masuk tadika dan Kak Yayah baru berumur 2 minggu. Kak Yayah lahir 19 Oct 1995.
Mak masa tu bercuti tanpa gaji,jadi surirumah sepenuh masa.
Opis Abah di Menara MWE Jalan Sultan Ahmad Shah.
Dari industri minyak masuk industri taik, memang Abah kekok abis, minyak dgn taik mana boleh campur, kecualilah taikminyak (santan nyiur kering). Akhirnya Abah berhenti kerja dan join syarikat minyak Exxonmobil pada Nov 1996.Abah & Mak pun berpindah ke Pasir Gudang, Johor.
Saturday, 23 May 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment