Sebenarnya Abah Asyraf ni kan dia lahir kat Singapura, 49 tahun yg lalu. Tahun 1959, 10 November hari Isnin. Hospital nya di panggil Kandang Kerbau Hospital. Pada masa itu ramailah anak2 Singapura yg lahir dalam kandang, macam kerbau daaaaaa.
Allahyarham atuk Asyraf namanya Shabudin bin Abdullah, dia orang negeri Sembilan dari daerah Beranang, tapi kerja jadi polis Spura masa tu. Nenek Asyraf pun orang negeri Sembilan dari Kg Setesen, Nilai. Jadi Abah Asyraf anak polis la.... duduk mula2nya di Alexandra, rumah teruk banyak tikus, itu Abah ingat, dan dekat dengan kilang Tiger beer, bau busuk. Masa tu Abah berumur 2-3 tahun kalau tak silap. Lepas tu Atuk pindah ke block 24, Queenstown masa tu umur Abah 3-5 tahun. Abah ingat lagi Abah gelongsur atas simin tepi longkang sebab flat tu berbukit. Masa tu Abah pakai seluar pendek warna kelabu tapi lepas gelongsur seluar tu koyak kat kangkangnya, jadilah skirt. Abah lari balik kerumah kat tingkat 2 atau 3. Lepas tu pindah lagi ke block 66, Tanglin Halt Road, kali ni di tingkat 9. Abah tinggal kat sini dari umur 5 hingga 10 tahun. Yg ni Abah ingat sangat sebab pada satu hari tu nenek bagus punya siapkan Abah lawa2 wangi2 rupa2nya nenek nak bawak Abah pergi daftar ke sekolah. Abah tak pernah pergi Tadika atau Kindergarten. ABC yg Abah kenal ialah di sekolah rendah.
Di block 66 ni lah Abah ada banyak kenangan sebab Abah dah besar sikit dan boleh mengingati peristiwa2. Seperti peristiwa adik Abah Pak Uda Alwi "terbang" macam superman semasa main buai. Yg hayun kuat2 si Dollah anak Pak Cik Rahman dan Macik Hawa (?), (anaknya sorang lagi si Razak kawan Abah tu sekarang kerja dengan Petronas Maritime di Menara Dayabumi - dia dulu pegawai navy). Agaknya Pak Uda pening2 lalat dan terus terlepas tangan dia lalu terhumban. Nasib baik tak cedera teruk. Satu lagi peristiwa ialah semasa adik Abah iaitu Pak Cik An (Azhar) terpijak kaca botol pecah. Masa tu kami main2 depan kantin, dan kantin tu terletak di tingkat bawah (groundfloor) flat block 66 tu. Pak Cik An terlompat2 tak taulah sebab apa. Tiba2 kaki nya terpijak kaca botol dan Abah dah cuba tarik keluar kaca tu tapi tak berjaya sebab terlekat kuat kat kaki Pak Cik An dan licin sebab darah yg keluar memancut2. Satu lagi peristiwa bersejarah. Masa tu lebih kurang tengahari. Abah dan Pak Ngah Ahmad nak pergi ke rumah sepupu Abah yang duduk di Hang Jebat, satu kawasan perumahan atau quarters askar British, tak jauh dari block 66. Jalan rentas yg cepat ialah melalui jalan keretapi (jalan keretapi dari Tanjung Pagar Spura ke Kuala Lumpur dan PPinang). Masa tu dah ada satu jenis perkhidmatan keretapi yg di panggil keretapi laju yg cuma ada tiga gerabak saja dari Tanjung Pagar ke Johor Bahru, selain daripada perkhidmatan keretapi mel biasa. Keretapi laju ini berwarna putih/silver/aluminium dan agak senyap. Masa tu Abah jalan di atas tanah tepi landasan tetapi Pak Ngah berjalan di atas landasan. Pak Ngah berhenti sekejap nak betulkan selipar nya. Tiba2 Abah menjerit, "Abangah, ketapi !". Pak Ngah pun tak tunggu terus melompat dari landasan ke atas tanah. Masa tu keretapi laju meluru dengan laju nya meninggalkan kami. Abah dan Pak Ngah tercengang2. Dan kami pun meneruskan perjalanan. Sampai hari ini Abah masih tak pasti apa yg membuatkan Abah menjerit...... mungkin sebab memang nyawa Pak Ngah nak panjang....kejap ek ... Asyraf nak menyusu dulu..... helo.... Asyraf kan baru berumur 8 hari..... mana pandai buat susu sendiri..... kena minta kat Mama la...susu cap gantung...... hehehe.... stay tune....
Monday, 25 May 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment