Cuti sekolah tahun 1974 bulan Disember, Abah baru habis Menengah 3 nak masuk Menengah 4, Abah dan 100 org lebih kedet menyertai ekspedisi, Canoeing Around Spore Island, bermula dari sebelah barat Tambak Johor ke sebelah timurnya. Sebagai Sarjan, Abah dpt canoe single seater, kedet2 lain suma kena naik double seater.
Abah dan rakan2 naik trak askar dari Pasir Panjang Sea Training Centre, Batu 7 1/2, Pasir Panjang Road. Setelah menurunkan canoe daripada trak ke dalam laut, masing2 kena kayuh canoe kearah tembok tambak Johor (Causeway). Masing2 menyentuh tembok barat tambak sebagai tanda yg masing2 bermula dari situ dan akan berakhir dua hari kemudian di sebelah tembok timur tambak.
Dengan semangat yang berkobar2, lebihkurang pukul 10pagi, lebih 50 canoe double seater, 10 canoe single seater, diiiringi oleh 2 boat berenjin petrol, sebagai safety boat, di ketuai oleh Captain Abu, mula bertolak dari tambak. Boleh nampak pantai Lido Johor Bahru dari tambak. Baju round collar long-sleeve T-shirt berwarna putih dengan tulisan "Round Singapore Island 1974", topi merah putih, seluar pendek biru, kasut getah hitam, itulah pakaian Abah dan kawan2.
Cuaca pagi tu sangat baik, panas. Abah memang steady la..... dengan mudah aje mengayuh canoe, sekejap kedepan dan sekejap kebelakang sebab nak pastikan rakan2 bercanoe dalam barisan dan tidak bersepah2 memandangkan laluan yg di lalui juga adalah laluan kapal2 dagang.
Lebih kurang pukul 4.30ptg, Abah dan rakan2 sudah melepasi Tuas dan menuju Jurong. Semasa menyeberangi Sungai Jurong, semua canoe tidak berjaya menyeberangi sebab pada masa itu laut sedang surut dan Abah dan rakan2 dah keletihan. Satu perasaan yg sangat demoralising. Akhir nya keputusan dibuat supaya trak datang mengambil canoe. Abah dan kawan2 merasa tersangat lah leganya. Masing2 mengangkat canoe kedalam trak. Tapi kegembiraan Abah dan kawan2 hanyalah sekejap saja, sebab trak-trak tu cuma bawa canoe menyeberangi sungai melalui jembatan. Abah dan kawan2 di kehendakki meneruskan perjalanan selanjutnya menaiki canoe. Target ialah untuk sampai di Pasir Panjang Sea Training Centre sebelum malam.
Akhir nya semua sampai ke Pasir Panjang Sea Training Centre dalam pukul 7.30mlm. Abah telah di tugaskan untuk menjaga semua canoe2 tersebut yg di labuhkan lebihkurang 200m dari training centre. Ketika itu penambakan laut (untuk membina Pasir Panjang Container Terminal) telah bermula dan tanah tambak hampir menutupi laluan masuk boat ke training centre. Canoe2 dan boat2 di labuhkan di luar tanah tambak. Malam itu dengan berbekalkan satu lampu suluh, Abah berseorangan menjaga canoe2 dan boat2 tersebut sehingga pagi. Abah tidur2 ayam je. Dalam boat bukan ada tilam atau bantal atau selimut, cuma life jacket je. Nasib baik tak hujan malam tu. Abah Asyraf memang berani la...... sorang2 di malam yg gelap di tepi laut...... kalau la ada hantu laut...... dah tentu hantu laut tu lari tengok Abah.... sebab Abah tak mandi satu hari suntuk....
Besok pagi nya, ada kedet yang datang relief Abah, so Abah pun berlari balik ke Training Centre untuk breakfast. Yg tinggal hanyalah telur rebus, yg lain semua dah habis. So, Abah makan 4 biji telur ayam sebagai sarapan dan air kopi susu. Abah mandi dan bersiap2 untuk meneruskan ekspedisi hari kedua.
Pada hari kedua, ekspedisi ni jauh sedikit sebab Abah dan kawan2 di kehendakki mengayuh canoe di antara Pulau Berani dengan Pulau Belakang Mati (sekarang di kenali sebagai Pulau Sentosa), sebab di kawasan pelabuhan terlalu banyak kapal2 dagang dan boleh membahayakan Abah dan kawan2. Lebihkurang jam 2ptg Abah dan kawan2 tiba di pantai Tanah Merah, untuk berehat dan makan tengahari. Surprise-surprise ...... kawan2 sekolah Abah (termasuk girlfriend Abah - Pe'ah) telah menunggu Abah dan kawan2 kedet yg lain. Seronok betul rasanya. Lepas makan dan berehat, lebih kurang pukul 3 ptg, Abah dan kawan2 kedet meneruskan perjalanan. Masa tu Abah cukup fit (hensem ooooo).... kalau tak caya, tengok la gambar Asyraf di atas ni....
Abah sampai di Changi Sea Training Centre, lebih kurang jam 6petang. Di Singapura ketika itu ada tiga sea training centre, Pasir Panjang, Kallang dan Changi. Oleh kerana Changi Sea Training Centre ni kecil saja, Abah dan kawan2 di tempatkan di salah satu kem askar untuk bermalam.
Besoknya, Abah meneruskan perjalanan dan tiba di tembok timur Tambak Johor lebihkurang pukul 5 petang.
Asyraf nak tidur dulu la.. letih tau menaip cerita abah Asyraf ni.....
Thursday, 28 May 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment