Sekolah Menengah Buona Vista terletak di Jalan Hitam Manis, Holland Close. Di hadapan main gate sekolah ialah perumahan 2 tingkat, di huni oleh askar2 Australia. Di kelliling kawasan sekolah ialah flat2 HDB. Masa tu tahun 1972. Abah berada di kelas menengah 1F. Kesemuanya ada 6 kelas - menengah 1A hingga 1F tapi 1A hingga 1D kelas perempuan manakla 1E & 1F kelas lelaki. Macam biasa Abah dan kawan2 kena beratur berdua2. Masa tu Abah beratur bersama Pakcik Zainal Ibrahim. Datang Cikgu Abdol Rahim Yassin dan Cikgu Johari (dia suka pakai spec hitam dan ada kumis sikit) dia terus belah ditengah2. Jadi Pakcik Zainal masuk kelas 1E dan Abah 1F, just like that.Cikgu Rahim guru kelas 1F manakala Cikgu Johari guru kelas 1E.
Tahun 1972 ialah tahun Deep Purple, Grand Funk Railroad, Credence Clearwater Revival, Santana. Perang Vietnam masih berlangsung. Dadah dan hippies berleluasa. What do you expect? Abah kena mengharungi itu semua.
Ada 30 orang dalam kelas 1F tetapi cuma sesiapa yang duduk di barisan depan saja yang datang nak belajar, lebih kurang 10 orang. Dari barisan kedua dan seterus nya, datang ke sekolah adalah satu bebanan, kerna terpaksa. Abah masa tu kecik je. Tetapi Abah telah di lantik jadi Ketua Darjah, sebab Abah yang paling pandai dalam kelas. Kawan2 satu kelas Abah ialah seperti Asraf, Asaari, Asgar Hanef, Sabidin Karim, Abdul Rahim, Supandi, Sujak Bakir, Tubah Samin, Samri Md Noor, Monjiat, Hashim Silau (sebab dia botak licin), Daud Hitam (sebab dia hitam) dan lain2. Masa tu ada yg pakai bandada di kepala, gulung lengan baju, bukak butang dua baju atas, tak pakai stokin dan lain2 melambangkan kejantanan. Waktu rehat ada yg hisap rokok kak belakang makmal. Dalam beg sekolah bukan ada buku tapi rekod LP dan EP Deep Purple, Grand Funk Railroad dan lain2. Seluar dalam dan stokin pun ada dalam beg.
Tapi you all will be surprised that semua cikgu2 nya sungguh berdedikasi seperti Cikgu Abdol Rahim Yassin (mengajar Kimia), Cikgu Selamat (Matematik), Cikgu Sarimah (Sastera), Cikgu Aminah (Ilmu Alam), Cikgu Nawawi (Fizik), Cikgu Rogayah (Biologi), Mr William Teo (English), Miss Chan (Tawarikh), Cikgu Merican (Matematik), Cikgu Mustapha (Discipline).Cikgu Rahim & Cikgu Mustapha ada Vespa 150.
Di sekolah ini lah Abah paling banyak girlfriend...... Sabariah (dari sekolah rendah Permaisura, kawan sejak darjah satu), Pe'ah (dari sekolah rendah Jervois), Manisah (dari Pulau Bukom), Suaidah, Kaltom, Zaitun, Hamisiah, Siti Muatikah, Siti Alawiyah.. alah budak2.. bukan serious sangat kecuali dengan Pe'ah dan Sabariah....nanti Asyraf sambung lagi ek....Asyraf nak menyusu dulu.....mana Mama ni....
Selepas menyusu dan Mama salin lampin Asyraf, lega rasa nya....
Kata Abah, Pe'ah seorang gadis favourite masa tu. Abah tak kenal dia sebab dia dari sekolah lain masa sekolah rendah dulu. Satu hari tu, Abah berdiri kat pagar dengan Hashim dan dua tiga orang kawan lain. Pe'ah dan Pungot lalu. Abah terperasan Pe'ah dan Pe'ah pun terperasan Abah. Macam ada chemistry. Masa tu Pe'ah dalam kelas 1D, kelas perempuan. Details macamana Abah tercouple dengan Pe'ah, Abah tak berapa sure.... tapi dah mula syok la kat Pe'ah ni. Pe'ah lahir 21 Disember 1958, Capricon. Masa menengah 3, nak di jadikan cerita Abah masuk kelas 3B, iaitu aliran technical tapi bahagian wood working. Kelas 3A aliran technical tapi bahagian metal work. Kelas 3C aliran sains dan 3D aliran sastera. Dah tak ada kelas 3E dan 3F sebab ramai yg drop out di penghujung menengah 2. Tapi Abah kena join kelas technical metal work walaupun duduk dalam kelas 3B.
Sabariah ialah seorang pelajar yg sangat aktif, pandai, peramah dan mempunyai charater yg menarik, sedikit bossy, but ada leadership. Nak di jadikan cerita, Sabariah pun masuk kelas 3B.
Dalam kelas lain ada Salmah, Rohana Musni, Habibah, Rahmah Sulaiman (lawa giler), Karisah Subari, Kalthom Tawan, Normala Omar, Hamisiah, Khuzaini, Samri, ...
Masa menegah satu Abah dah minat pasukan beruniform untuk Extra Curricula Activity, Abah join kedet laut tetapi untuk setahun berikut nya Abah kena join kedet darat infantri, utk latihan kawat,perkhemahan, latihan perang dll. Cikgu Rahim dan Cikgu Mustapha ialah guru kedet.Ada sekali tu buat latihan perang siap di kem Tampines, dgn raifel DP lama berat 9 pound (lb), satu pasukan bertahan dan satu pasukan menyerang. Abah dalam pasukan menyerang.Sedang Abah menyerang, kaki Abah tersadung kawat berduri yg dipasang disekeliling pertahanan musuh.Ada parut nya sampai hari ni di betis kaki kiri atas buku lali. Ada satu kali, Abah dan rakan2 kena berjalan kaki siap dgn full uniform, full pack dan rifle, berjalan kaki dari Sek Men Buona Vista menuju ke Clementi Camp, jarak lebih kurang 10km, waktu malam, bergerak dari sekolah pukul 10mlm dan tiba Camp Clementi jam 1pagi.Best betul tapi letih giler.......
Itulah Abah Asyraf.. kuat semangat nya.... Asyraf mengantuklah....besok Asyraf sambung lagi ek...
Monday, 25 May 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam Azman,
ReplyDeleteSelamat berjumpa lagi. Hehe..kau pun ada blogspot yang sama. Kelakar betul..Well I have met few of our friends in Singapore. In touch with Sainab Ahmad, Habibah Ibrahim, Rohana Musni, Sab Ramilan, Jamaliah,Kamsari, Zaiton,Nordin Sueb, cikgu Ashari and many more from other schools.For your info, Rahmah Sulaiman, Karim Latif, Rais, Agamah Ibrahim telah kembali ke Rahmatullah. Fatihah untuk mereka...Amin. Hei Man, good to know that we have the same thinking..hehe
Salam...sy adalah ex-sekolah rendah permaisura 1971-1976 begitu juga my younger sis n bro. My elder sis adalah bekas pelajar buona vista yr 1977-1981. Kami tinggal di army quarters at Queens Close..mase zaman tu memang bestla...really enjoy my kids life...zaman wheely..funfare..hippies..drugs..sy msih ingat 1 hari dlm kelas sy sakit perut cikgu Hawa sapukan minyak kat perut sy..sy memang suka sgt kat cikgu Hawa yg baik hati....
ReplyDelete