Tahun 1966, masa umur Abah 6 tahun lebih (sebab Abah lahir November) nenek bawak Abah pergi sekolah, masuk darjah satu. Sekolah Rendah Permaisura. Masa tu jalan kaki je pergi sekolah, mana ada bas sekolah macam sekarang. Dari segi jarak ada jugak dalam 2 kilometer. Unifom kasut kanvas putih, setokin putih, baju biru lengan pendek (untuk darjah satu) dan seluar pendek kelabu. Nenek bagi belanja sekolah seposen. Itu pun kena ikat dengan getah pada sapu tangan dan masukkan kedalam kocek, takut tercicir. Abah ni kan dia memang budak baik dengar cakap orang tua. Nenek pesan jangan belanja sehingga waktu rehat. Jadi duit seposen memang survive sampai waktu rehat. Air minum 5 sen dan mi hun goreng 5 sen.Masa darjah satu guru kelas ialah Cikgu Saadiah Siraj, cute cikgu ni dan suami nya bernama Cikgu Suradi Parjo. Cikgu Saadiah orang nya berkulit putih kecik comel aje dan ada seorang anak perempuan (anak angkat). Mereka sekeluarga tinggal di rumah teres setingkat di Upper Thompson Road.
Semasa dalam darjah satu, kelas nya jenis yang ada dua pintu koboi, satu di depan kelas dan satu di belakang kelas, jenis yang separuh bukan pintu full, dan berspring boleh tolak ke luar dan ke dalam. Dinding kelas pun separuh juga sama saiz dgn pintu koboi tu, maksud nya bawah terbuka.
Masa dalam darjah satu Abah selalu dapat nombor satu dan yang selalu dapat nombor dua ialah Sabariah Ramilan. Sabariah tinggal di blok 28 Tanglin Halt (ingat tak yg Abah pernah tinggal di blok 24, tak jauh dari rumah Sabariah). Jadi, Cikgu Saadiah susun supaya Abah duduk sebelah menyebelah Sabariah. Masa tu kerusi meja di susun sepasang2. Ada sekali Abah bergaduh dgn Sabariah, Abah campak beg Sabariah di bawah dinding terus ke luar bilik darjah. Kena marah dengan Cikgu Saadiah. (Masa sekolah rendah dan menengah Sabariah jadi girlfriend Abah.... nanti Abah cerita dalam episod akan datang....)
Masa darjah dua pun guru kelas ialah Cikgu Saadiah. Masa darjah tiga, cikgu kelas ialah Cikgu Mariam, darjah empat Cikgu Sies, darjah lima Cikgu Padilah dan darjah enam Cikgu Saadiah lagi.
1970
Ni pun kalau Abah cerita mesti orang tak percaya...... tau tak sapa punya idea reka cipta FAX Machine? Abah Asyraf la......
Cerita nya macam gini. Satu hari Abah telefon Cikgu Saadiah nak tanyakan arah pergi kerumah dia di Upper Thompson Road tu. Ckgu Saadiah puas lah meng explain tapi ye lah Abah tak nak pernah pergi so susah sikit nak faham instruction Cikgu Saadiah tu. So, Abah dapat satu akal, gunakan graf dgn koordinate x dan y, contoh nya tandakan pangkah pada koordinate X3Y4, X5Y2 dan sebagainya, kemudian gunakan pensil untuk menyambung semua titik2 itu, sehingga terbentuk rajah bergarisan menyerupai peta. Abah terfikir kalau la boleh Cikgu Saadiah lakarkan pada kertas dan kirimkan melalui telefon ini, kan bagus dan mudah. So, kalau orang tanya, "Siapakah manusia pertama mencipta fax machine?", Asyraf akan jawab "Abah Asyraf la.... "
Bayangkan, Abah Asyraf terlibat dengan program Apollo 11 (iaitu menonton TV dan melihat sendiri dgn mata kepala kearah bulan ketika kapal angkasa itu mendarat di permukaan bulan), dan penciptaan fax machine.
1969
Kalau Abah cerita pasal ni korang mesti macam tak percaya..... masa Apollo 11 landed on the moon in July 1969, masa tu Abah mengikuti sepenuhnya peristiwa itu sebab di tayangkan di TV dalam hitam putih. Oleh kerana rumah Abah takde TV, Abah pergi rumah jiran di tingkat yg sama dan Abah tumpang tengok TV melalui tingkap (yg jenis louvre). Kebetulan masa tu bulan mengambang penuh. Jadi Abah tengok TV sambil sekali sekala merenung ke bulan dan dok perati kalau boleh nampak angksawan...... hmmmm.... itulah Abah.... masa tu Abah baru dalam darjah 4....... amazing la Abah ni..... itu sebab agaknya Abah bercerita dengan semua orang yg Abah nak Asyraf jadi angkasawan satu hari nanti....helo...termasuk hari ni Asyraf baru berumur 8 hari.... Abah dah pikir terlalu jauh ni..... that's my dad....
Di quarters ni ada tiga blok 10 tingkat iaitu Blok A, B dan C. Abah diam di unit 37, blok A tingkat 4 rumah tepi. Aruah Atuk masa tu berpangkat Sarjan so diorang diberi privilege utk memilih rumah2 unit tepi.Blok A ni menghadap bukit dan tingkat 4 just nice sebab sama paras dgn padang atas bukit kalau tkt 3 tentulah cuma nampak lereng bukit.Di padang nilah Abah dan kawan2 main bola.Blok C sebelah blok A di pisahkan oleh jalan. Instead of padang, atas bukit blok C adalah padang kawat bertar.Blok B berdepan dgn blok A, di pisahkan oleh car park dan tempat mainan kanak2. Di belakang blok B ialah longkang besar monsoon drain.Pernah satu hari tu semasa kami sedang bermain didepan blok B, seorang kawan berumur setahun muda dari Abah bernama Razak, dia ni kulit gelap sikit dan jongang sikit, telah mati lemas dalam longkang besar tu. Kejadian berlaku pada suatu petang lebihkurang pukul 4ptg dlm bulan Ramadan. Hujan lebat baru saja berhenti dan longkang2 sekeliling blok dan jugak longkang besar penuh air. Abah dan kawan2 termasuk Razak sedang bermain kat longkang kecik berlumba sampan iaitu kertas atau kayu kecil yg di buat macam sampan dan di hanyutkan. Entah macamana selipar Razak terjatuh dlm longkang kecik dan di hanyutkan kedalam longkang besar. Razak kejar selipar dia sampai kelongkang besar dan dia terjatuh kedalam longkang dan di hanyutkan.Dia terus hilang dari pandangan. Abah dan kawan2 terjerit2 dan beberapa org dewasa berlari ke longkang tapi malangnya terlambat nak selamatkan Razak. Tak lama selepas itu Abah nampak ayah Razak yg masih beruniform menangis di tepi blok.Kesian. Mayat Razak di jumpai dua hari kemudian.Sebenarnya dari longkang kecik ke longkang besar tu ada jeriji penghadang tetapi dah di kepak sebab orang suka menyusup ikut longkang untuk pergi ke kedai. Longkang besar tu memang besar betul berbentuk "V". Kena lari turun dari dinding sebelah sini untuk mendapat lajak untuk naik semula kesebelah sana. Semasa hari panas longkang besar ni kering je.Padang dibelakang blok A ni banyak duri semalu. Abah dan kawan2 bila main bola memang kaki ayam. Tang duri ni aje jadi problem bila bola berada dikawasan tu.Dari flat Abah nak keluar ke main gate semasa pergi sekolah mesti mendaki bukit iaitu jalan raya antara bukit blok A & C. Lepas tu turun bukit pulak. Dari main gate ke sekolah berjalan kaki ada lah dlm 3 kilometer. Perjalanan ke sekolah rendah Permaisura melintasi blok 24 flat Abah lama, blok 28 flat Sabariah, blok 29 flat Ismail Haron, melalui sekolah rendah Tanglin, sekolah rendah New Town.Abah Asyraf memang kaki simpan duit guna dompet lama aruah Atuk punya. Bila duit Abah dah cukup 60 ringgit Abah suruh Atuk belikan basikal chopper. Harga basikal tu 75 ringgit so kena share dgn Pak Uda dan Pakcik An. Akhirnya Atuk pergi belikan basikal chopper warna merah. Basikal tu masih ada lagi kat rumah nenek di Nilai sampai hari ni dalam setor.Satu hari Pak Uda tonggang basikal tu menurun bukit tak sempat berek lalu terlanggar tong sampah.Pak Uda keluar dari tempat sampah bau busuk. Sepit udang basikal tu bengkok.Satu malam tu datang satu rombongan dari unit perancang keluarga. Diorang tayangkan filem dokumentari pasal perancang keluarga guna skrin besar. Dari flat boleh nampak gambarnya.Wow!Kawan baik Abah satu kelas namanya Zakaria bin Mohamad, ayahnya orang Melaka, kakaknya bernama Faridah dan adiknya bernama Adnan.Bila ke sekolah Abah selalu pergi dgn Pakcik Zakaria ni.Dengarnya Pakcik Zakaria seorang guru di Pahang tapi Abah tak jumpa Pakcik Zakaria dah dekat 35 tahun.Pakcik Zakaria memang kaki main bola dan Abah selalu main bola dgn Pakcik Zakaria dlm satu team. Caranya senang je.... Abah sentiasa pilih "itik" so bila beratur berdua2 di depan Zakaria (dia selalu jadi Kepten pilih pemain) Abah akan sebut ayam atau itik dan Zakaria akan pilih itik.Satu lagi permainan favourite masa zaman kanak2 ialah permainan konda kondi iaitu dua batang kayu satu panjang dan satu pendek. Guna yg panjang untuk ungkit yg pendek dari lubang sejauh mungkin lepas tu guna kayu panjang untuk nengira jarak jauhnya dari lubang. Lepas tu pasukan yg serve kena tunggu pasukan defender untuk melontar kayu pendek balik ke lubang sedekat yg boleh. Lepas tu pasukan server guna kayu panjang untuk kira jarak jauh dari lubang. Ada sekali pasukan Abah pasukan defender. Geram punya pasal, ada ahli kumpulan Abah melontar kayu pendek tu bukan balik ke lubang tapi kearah seorang ahli pasukan server.Namanya Rosley. Kayu pendek kena kepala nya apalagi melolong lah si Rosley. Rosley sekarang kerja dgn Petronas.Satu lagi main bola hentam iaitu guna bola getah sebesar genggam dan lempar ke badan kawan2. Kalau kena memang birat la. Main kat kawasan car park depan flat blok A&B.Main getah, main kotak,main guli, main layang2, main gasing dan bermacam2 lagi permainan.....seronok zaman kanak2 di quarters PRU.
Block 66, Commonwealth Drive, Singapura
Arrrrgghh! Alhamdulillah... kenyang perut ....dan dah dapat tidur kejap tadi..... so ni dah segar balik boleh sambung tulis blog.....Block 66 ni sebenar nya is part of a cluster of four blocks of 10 storey high each (sori ek Asyraf tulis orang putih) iaitu blok 66,65,64 dan 63 dan di susun sedemikian rupa dalam bentuk empat segi supaya di tengah2 nya menjadi ruang kosong macam padang serba guna.... untuk kawat boleh, main bola boleh, untuk tengok wayang (ni Asyraf cerita lain kali) ....... tapi tanah nya tak best tak banyak rumput banyak batu2... di hujung block 66 ada kawasan mainan kanak2 termasuk kerusi pusing (merry go-round horizontal bukan yg vertical) dan buaian yg mana tali nya di perbuat daripada rantai dan tempat duduk nya solid kayu. Frame buai lebihkurang tinggi nya 10 kaki memuatkan tiga buai. Masa Pak Uda terbang tu, Pak Uda berada di buai tengah rasa2 nya. Abah Asyraf nampak masa Pak Uda terbang tu. Pak Uda duduk dan si Dollah tu berdiri sebab dia lebih besar daripada Pak Uda, dan si Dollah ni lah yg menghayun sekuat hati. Besoknya Pakcik Rahman dan Makcik Hawa datang kerumah settlekan isu accident ni.Depan block 66 ni ada longkang besar ke parking lot yang panjang, tapi cuma ada satu titi aje itu pun terletak di tengah2, so jauh la sikit bagi sesiapa yg rumah nya dekat hujung dan dekat dengan gate. So, ada Pak cik ni namanya Pak cik Rahmat (dia bapak Rosidah girlfren Abah.... hehehe.... ni cerita lain kali) di ambik nya cable drum yg dibuat daripada kayu dan dia rentang across longkang tu sebagai titi. Pak cik Rahmat ni ada sebuah kereta kecik Austin Morris comel je.... dan dia jugak Presiden Sepak Takraw Singapura....Menghadap block 66 ni tapi di luar pagar ialah sedere rumah dua tingkat, yg di huni oleh antara lain nya Kartina Dahari, penyanyi yg lawa tu.... selalu berduet dengan Ahmad Jais.... di belakang rumah ni baru lah jalan keretapi Spura Kuala Lumpur.Tak jauh dari block 66 ialah gudang gas, kalau tak salah ada 2 atau tiga tangki besar, dan ada kilang roti dan sabun buku. Masa tu rumah flat dah ada gas memasak. Petang2 selalu terbau bau roti baru masak. Sabun buku pulak bukan lah jenis yg canggih punye, ni jenis 4 segi panjang, bila nak beli baru lah di potong2, satu potong 10sen. Tapi rasanya cuci baju pun tak berapa bersih sabun buku jenis ni.Ada sekali tu Abah dan kawan2 main dalam "trench" yg di gali untuk memasukkan paip air yg bergaris pusat lebih kurang 72".Abah dan kawan2 masuk dalam paip ni relek2. Abah ingat paip tu la yg bawa air dari Johor ke selatan Spura. Ini semua berlaku dalam tahun 1968-69.Ada satu kereta rosak, jenis macam kereta Ford hidung panjang yg bawak Winston Churchill tu..... di parking diluar pagar block 66. Abah dan kawan2 suka main dalam kereta tu, pusing steering la dan macam2 lagi sampai la kereta tu dah tak rupa kereta lagi........Di block 64 ada satu madrasah yg di perbuat daripada kayu untuk Abah dan kawan2 belajar agama. Hujung minggu Abah dan kawan2 masuk dan bermain dalam madrasah tu. Ada sorang kawan Abah ni tapi Abah dah lupa nama dia, ayah dia bagi dia lesen untuk order apa saja daripada kantin. So, Abah dan kawan2 selalu lah minta di belanja air lamned (lemonade) biasanya Green Spot dan roti.
Monday, 25 May 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam. How have you been. Lama benar tak dengar berita. It's nice to read your blog. Razak gave me the lead. By the way, congrats on your latest additions (both the mummy and baby)! You can find me on Facebook.
ReplyDeleteKeep in touch.
Sab